Aku rindu...
Pada suatu tempat yg dinamakan kg halaman (Malaysia)..
Aku tahu di sana aku akan dilayan ibarat puteri..
Tak usah fikirkan masalah dunia..
Tak usah menyusahkan diri...

Ya..
Aku rindu keluargaku...
Di sana aku tak perlu susah2 sebegini..
Di sana segalanya tersedia...
Aku rindu..
Kerana mungkin masalah mencengkam diri saat ini..
Segala rasa tak larat dan malas menjadi rantai besi..
Yang amat sukar utk aku rungkaikan..

Aku menangis..
Dan aku tahu tiada manusia di sini yg peduli..
Aku menangis lagi..
Untuk kesekian kalinya..
Aku menangis kerana-Mu, Ya Allah..
Kau menyuruh aku bersabar, lalu aku bersabar..

Aku tahu setiap permulaan ada pengakhiran..
Aku tahu semua ini bakal berakhir..
Sabar,,
Tapi YA Allah, Kau lebih Mengetahui hati hamba-Mu ini..
Sering merungut, sering mengeluh, sering mencela..
walaupun mulut tidak bersungut..
Tapi hati mungkin tiada ikhlas..
Ya Allah, Dosa itu... Ampuni aku............

Ya Allah...
Kg halaman setiap makhluk-Mu adalah akhirat..
Kami dtg dari-Mu dan akan kembali kpd-Mu...
Ya Allah...
Bersediakah aku utk kembali kpd-Mu ?
Ya Allah..
Aku rindu tapi aku takut..
Aku takut aku sudah mengecewakan Kau...
Aku takut Kau murka..
Aku cinta, aku takut..
Ampuni aku, Ya Allah..

Janganlah Kau matikan hati aku disaat hati-hati yg lain mati..
Janganlah Kau bolak-balikkan hatiku..
Sesungguhnya aku hanyalah seorg hamba yg hanya mampu merayu...
Kuatkan aku utk bermunajat kpd-Mu..
Ampuni aku, Ya Ghafar...

Assalamualaikum semua..

pagi yg indah utk sekadar berkongsi satu cebis rasa jiwa.. =)

tadi, aku bukak utube.. terjumpa lah video2 nie..



video nie melambangkan harapan seorg kanak2 yg mahukan kereta kebal tu keluar dari negara dia..

If i can shuh (halau) them away, i will (mungkin ini apa yg kanak2 tu rasa)

tapi hakikatnya kita semua tahu...

seorg kanak2 x kan mampu menjinakkan sebuah kereta kebal..

kuasa apa yg ada pada seorg kanak2 ??

Di manakah perginya org dewasa atas muka bumi nie ??

jgn jadi zalim..

Apa itu zalim ek ? Zalim itu meletakkan sesuatu bukan di tempatnya..

Zalim meletakkan kanak2 sebagai benteng.. kita lah yg sepatutnya menjadi benteng mereka..

sedar lah semua !!


sumbangkanlah something utk Islam..

walaupun hanya dgn membenci perbuatan org Kafir harbi yg menyerang org Islam seaqidah kita..

(dan itu adalah selemah-lemah perbuatan)

wallahualam..

Ini adalah satu janji yg nyata dari Tuhanmu :

“Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui org2 yg benar2 berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan Kami uji perihal kamu”

Surah Muhammad, ayat 31

Pernah diuji ?

Sedang diuji ??

Ujian Allah bukanlah seperti ujian yg manusia buat..

Ujian dari Allah nie kita x tau bentuk ujiannya dan juga jwpn skemanya..

Ujian Allah nie selalunya membuatkan kita terduduk dan menangis…

Dalam hati kita tertanya2; “Siapa aku di hadapan-Mu, Ya Allah ?”

Kita akan sentiasa bertanya; “Akukah yg silap, Ya Allah ?”

Kita keliru tapi bila kita ingat Allah, hati kita tiba2 damai..

Sungguh..

Setiap hamba-Nya akan diuji.. Jgnlah berasa keseorangan,.. Allah kan ada..

Allah Maha Melihat, Allah Maha Mendengar

Allah menghitung setiap air matamu yg gugur kerana kesabaranmu..

Allah merawat hatimu setiap kali hatimu diluka, dipanah dan dihiris..

Allah tahu betapa kau cuba utk mengelakkan diri dari menceritakan hal yg buruk tntg org lain..

Allah lihat apa yg kau lihat, Allah dgr apa yg kau dgr, Allah rasa apa yg kau rasa..

Nah, cukuplah Allah sebagai saksi utkmu..

Bergembiralah..

Menangislah, mengadulah pada Dia..

Walaupun Dia sibuk mentadbir segala-galanya, Dia sentiasa ada waktu utk kau..

Kerana, sesungguhnya, DIA AMAT TERLALU MENYAYANGI HAMBANYA..

Siapa aku ?

Adakah aku Zulaikha yang akan mengoda si Yusuf ?

Adakah aku Khadijah yang bakal menyatakan hasrat kepada Muhammad SAW ?

Adakah aku Aisyah yang akan disatukan dgn Muhammad SAW atas budi bicara ayah ?

Adakah aku Balqis yang bakal disunting Sulaiman utk dibimbing ?

Atau adakah aku Ainul Mardiah yang akan setia menunggu si dia di syurga ?

Yang mana satukah aku ?



Siapa dia ?

Adakah dia seteguh Yusuf mengawal nafsu ?

Adakah dia Muhammad SAW yang sabar tetapi tegas ?

Adakah dia Sultan Al-Fateh yang mendapat jolokon sebaik-baik ketua dlm hadis baginda SAW ?

Adakah dia Ali karomahuwajhah yang menjadi pintu gedung ilmu ?

Adakah dia Umar Al-Khattab yang tahu membezakan yang haq dan batil ?

Atau adakah dia penghuni langit, Uwais al-Qorni yang menghuni di bumi ?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hari ni dah masuk hari keempat kita berpuasa..

Syukur Alhamdulillah aku masih hidup…

Well, to be frank, aku rindukan ramadhan tahun lepas… aku menyambut ramadhan tahun lepas di asrama,. Walaupun family tiada di sisi, walaupun pada saat itu, aku selalu terfikirkan apalah yg diorg mkn untuk berbuka, mesti best dan walaupun pada saat itu, struggle dgn percubaan SPM (x silap aku lah). Tapi Ramadhan tahun lepas amat3 bererti buat aku..

Shhhhhhh.. jgn beritahu org lain, aku terjumpa mlm Lailatul Qadr.. tapi syg giler, aku uzur waktu tu.. berzikir je lah sampai azan subuh.. TAPI.. itu tahun lepas.. aku tak tahu aku akan berjumpa lagi ke tak malam Lailatul Qadr tu tahun nie…

Nak dgr citer psl mlm tu ?? hehe.. refresh memory dulu… ha ! Biasanya malam Ramadhan, aku akan bangun kul 3 pagi.. Bangun2 je terus mandi.. Entahlah, patutnya aku rasa takut sbb yelah pukul 3 pagi, mane ade org bangun lagi.. gi mandi sorg2 plk tu.. hish.. tapi entahlah aku rasa berani, aku tak takut sbb aku tahu Allah ada.. Niat memainkan peranan penting..

Ha, mlm Lailatul Qadr tu… aku uzur so aku bangun lewat sikit, lebih kurang pukul 4 pagi.. aku niat nak bangun awal tapi Allah takdirkan aku bangun kul 4, alhamdulillah je lah… hehe.. keluar2 je bilik, aku dpt rasa langit meriah.. meriah sgt… aku tak tahu kenapa tapi aku dpt rasa langit meriah.. dlm hati terdetik ‘eh malam Lailatul Qadr ke?’.. mata aku tertumpu pada pokok-pokok dpn bilik aku.. org kata kalau malam Lailatul Qadr, pokok-pokok akan bongkok mcm rukuk atau sujud tanda bersyukur.. aku sengih sorg2.. aku tak ingat la posisi asal pokok-pokok nih.. hahaha.. Aku gi mandi cm biasa.. Disebabkan uzur, zikir je lah yg dpt aku panjatkan ke Hadrat Illahi….

Hmm.. tapi itu tahun lepas.. tahun nie, aku tak tahu… serius, aku tak tahu.. rasa nak nangis sbb ……………… entahlah…

Tahun ini aku jarang ke surau.. Tahun ini, aku amat2 jarang bangun malam wt tahajud.. Allah, ini prnh menjadi amalan aku !! Allah……..

Aku tak tahu nak kata apa… aku mintak ampun tapi aku takut.. aku takkan prnh menjadi manusia sombong yg tak mahu minta ampun… tak, itu bkn aku !! tapi aku takut.. sbb aku still tak bangun mlm wt tahajud.. Allah kejutkan tapi aku tak solat tahajud !!! ampuni aku.. adakah dosa ini akan terampun?? Mesti ramai yg kata, tak… sbb diberi kesempatan utk solat malam, tapi tak buat pulak… hmmmmmmm.. doakan aku dpt wt solat tahajud dan amalan-amalan aku yg lain sebelum aku dipanggil Allah selama-lamanya… iskk3…

Aku ingatkan Ramdhan tahun nie tiada penyeri.. tapi.. Alhamdulillah !! Ramadhan disambut dlm hidupku tahun nie !!! Aku bekerja sebagai seorang guru ganti dekat sebuah sekolah menengah.. Aku tak sangka yg para guru ada menganjurkan majlis menyambut Ramadhan.. well, aku tak tahu pun psl majlis nie.. Umi aku (umi aku bekerja di sekolah menengah yang sama) telefon kata ada bacaan Yasiin kat surau.. so, aku yg tengah menanda buku student time tu, teruslah turun ke surau.. Hanya guru wanita yg terlibat… hari tu Jumaat, yg lelaki sembahyang Jumaat time tu..

Mula-mula majlis dimulakan dgn bacaan Yasiin dgn niat supaya dihindarkan dari segala penyakit dan sebagainya lah….. Seterusnya solat Zohor berjemaah.. diikuti dgn solat hajat berjemaah.. Selesai solat, ustazah yg menjadi imam kami, memberikan sedikit tazkirah.. Ustazah kata; ‘lakukanlah solat hajat ini dgn bersungguh-sungguh kalau kita nak Allah kabulkan.. pada bulan ramadhan ini, pada hari ini (Jumaat), kalau memang nak, betul2 nak sesuatu, solat hajat 12 rakaat, biar sampai berair mata… manangislah dan mintalah pada Allah.. Cepat atau lambat Allah kabulkan bergantung kepada bagaimana hubungan kita dengan Allah. Makin rapat dengan Allah, makin cepat dikabulkan..

Ustazah sambung lagi; ‘Setiap kali keluar rumah, baca ayat Kursi. Jadikan sebagai pelindung diri.. sbb dlm ayat kursi tu ada ayat .. jadi siapa kita?? Allah penguasa langit dan bumi.. so, minta perlindungan dari-Nya dari segala penyakit dan bahaya.. Hanya Allah yg boleh menyelamatkan kita..’

Selepas tazkirah ringkas tu, ada sesi tazkirah yg lain pula. Tazkirah yg nie lebih kepada Ramadhan.. Majlis dibuka dan kami duduk dlm halaqah, lutut bertemu lutut.. aku terharu sbb Cikgu yg bertanggungjwb bagi tazkirah tu kata, ‘meh duk dekat2, kalau duk jauh2, hati kita akan jadi jauh.. jadi mari duk dekat2 supaya hati kita semua dekat’.. Serentak dgn itu, cikgu2 yg lain terus duduk dekat2 sambil memegang lutut kw2 mereka.. Mesra !! hati ini terdetik, ‘Jelesnya !!! Aku cemburu dgn ukhuwah ini.. kalau kat sekolah dulu, kalau org suh wt halaqah, semua mcm mengelak dari lutut bertemu lutut.. memanglah amat dekat dlm 1 halaqah tapi hati masing2 jauh.. setakat duduk dlm halaqah sbb nak baca mathurat, zikir,, dan bukannya sbb nak jalinkan ukhuwah.. tiada kemanisan !!’

Haha.. back to the story, dlm tazkirah ini, cikgu bacakan sebuah hadis Rasulullah SAW.. Alhamdulillah.. aku ingatkan ramadhan tahun ini akan berlalu begitu saja.. Rupa-rupanya Allah tak izinkan ianya berlalu begitu saja.. hehe.. Alhamdulillah.. Selepas tazkirah itu, para guru membahagikan juzuk-juzuk Al-Quran untuk dihabiskan.. Aku dpt juzuk 20.. haha.. InsyaAllah, akan kulunasi segera..

Hmmmmmmm..

Sahabat,
Nak tahu tak kenapa aku mahu ke Mesir ?
Bukan sbb ilmu kedoktoran, bukan kerana namanya ‘Mesir’ dan bukan kerana aku kecewa dgn Malaysia..

Tapi kerana aku mencari Allah..

Allah gerakkan hatiku ke Mesir sedangkan pada waktu Percubaan SPM, hatiku begitu mahu ke Australia.. Dlm masa yg singkat sebelum SPM, aku mantap mahu ke Mesir.. aku tak tahu apa istemewanya mesir itu.. tapi aku percaya ada hikmah di sebaliknya.. dan aku tak sabar2 nak ke sana…

Tapi (ini teguran untuk diri aku) Ramadhan ini mungkin Ramadhan yg terakhir aku di Malaysia.. mengapa masih terkapai-kapai buat ibadah ?? al-Quran dah baca sampai mana, Ezzati ?? ishh.. sedar tak nie… jgn hanyut !!

Huh..

Deep within me, I know it will be the best for me to go to Egypt.. It is the best choice for me, for my life, for my iman, and for the rest that love me…. Maafkan aku harus pergi.. perginya aku insyaAllah sementara.. kalau Allah lebih sygkan aku, maka aku benar2, benar5 berharap, kita semua berkumpul di Syurga.. walaupun aku tahu harga Syurga itu terlalu5 mahal.. tapi syurga lah harapan aku untuk menjalinkan semula ukhuwah yg terputus di dunia…

Ha, kenapa pilih medic ??
Kenapa aku pilih perubatan ?? sedangkan aku lebih meminati nombor dari huruf.. kenapa ?? hmmmm…

Kerana aku mahu mengikuti misi perang.. ngeri ?? inilah hakikatnya… ‘Kau bermimpi di siang hari, Ezzati’.. ye ke ? kalau itu takdir hidupku, siapakah kau untuk menghalangnya ?? Inilah hidup aku.. Inilah pilihan aku… aku mungkin tidak mampu mengangkat sebuah senjata, cukuplah sekadar aku mengubati mereka2 yg cedera.. Jika Allah tanyakan sumbangan aku ketika perang meletus, maka aku dgn relanya menyerahkan tangan, kaki, mata, dan segala anggotaku menjadi saksi..

Inilah realiti hidup di dunia.. kita hanya mampu berlumba melakukan kebaikan, di akhirnya hanya Allah yang tahu apa yg berlaku…

Cukup kut untuk hari ini.. kalau ada apa-apa input yang aku mahu share, aku letak kat blog nie..

Semoga Ramadhan ini kita sama-sama bertemu Lailatul Qadr.. dan selamat berbuka puasa !!! selamat berpuasa k……..

Peace…..

“Hati, aku tahu apa yang kau nak. Kau nak mesej dia kan? Ala, hati.. arahkan je lah tangan nie supaya amik handphone dan mesej dia. Susah sangat ke? Arahkan je. For sure, tangan akan ikut cakap kau. Ala.. Macam kau tak biasa main mesej dgn dia. Bukannya haram pun main mesej nie. Ala, hati.. Janganlah keras sangat.. Aku tahu kau merana.. Ala, Allah tak kata main mesej haram…” kata nafsu, cuba menyakinkan hati.

“Syubhah” sampuk akal.

“Apa yang syubhah nya??” nafsu nyata tidak berpuas hati.

“Syubhah kerana kita tidak sure nak letakkan perbuatan bermain mesej ini sebagai halal atau haram. Hati, main mesej nie kadang-kadang membuatkan kau lupa untuk ingat pada Allah, betul tak?? Bila kau dah mula lupa pada Allah, itu bahaya !!” tegas akal dalam bicaranya.

“Aku rasa kau faham apa maksud ‘jangan menghampiri zina’. Allah mengharamkan zina malahan turut mengharamkan segala jenis perbuatan yang mendekatkan diri pada zina. Aku risau akan zina hati. Kau mengingati dia dan kau melupakan Allah. Aku tahu kau tak berniat sedetik pun untuk melupakan Allah. Tapi kau tak boleh lari dari dosa yang sudah kau buat. Sedarkah kau?” tegur akal, tulus.

“Jadi, aku letakkan perbuatan main mesej ini sebagai syubhah. Kerana ia bercampur antara hak dan batil. Kadang-kadang perbuatan ini mampu mendekatkan diri kau kepada Allah, tetapi kadang-kadang juga ia membuatkan kau dibuai angan yang indah. Kau tahu itu zina hati.” Lembut akal mengalunkan bicara. Akal cuba berhati-hati agar hati tidak tersalah faham.

“Hati, cuba ingat balik, bila kau main mesej dulu, kau hepi je kan? Kau solat mcm biasa je.. cuba tgk skrg, walaupun kau masih solat seperti biasa, tapi hati kau merana kan?? Kau rasa ada yang tidak kena.. Jangan tipu, hati.. aku nampak,” pujuk nafsu.

“Sudahlah nafsu. Pergilah menjauh. Selagi aku di sini, aku takkan biarkan kau menguasai hati. Hati, dengarkan aku! Dari Abu Abdillah An-Nu’man bin Basyir Radhiallahu Anhu berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda : Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhah itu, maka dia telah melindungi agama dan kehormatan dirinya. Dan barangsiapa yang tergelincir ke dalam perkara syubhah itu bererti dia tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang penggembala di pinggir sebuah daerah larangan, yang akhirnya masuk ke dalam daerah larangan itu. Ketahuilah sesungguhnya bahawa setiap raja mempunyai daerah larangan, Ketahuilah, sesungguhnya daerah larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkan-Nya. Ketahuilah, dalam setiap tubuh itu ada segumpal daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh itu dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh tubuh itu. Ketahuilah, itu adalah dirimu, wahai hati” kata iman.

“Iman.. hahaha.. kau wujud rupanya” gelak nafsu.

“Ya, aku wujud. Biarpun aku senipis kulit bawang, aku tetap wujud.”

“Hahahaha…..”

“Diam.” Tiba-tiba hati bersuara. Semua terdiam.

“Ya, kalian benar wahai akal dan iman. Aku tidak nafikan walau sedikit pun. Aku faham apa yang kamu katakan. Sungguh, aku mengaku aku leka. Nafsu, memang aku merana tapi entah kenapa aku rasa bahagia. Seolah-olah Allah memberikan aku kebahagiaan setiap kali aku berjaya menepis godaan syaitan.” Hati memulakan bicara.

“Benar aku sudah tersasar dari jalan yang sebenarnya. Terima kasih kerana sedarkan aku, Ya Allah.. Cinta Allah, itu yang aku kejar. Cinta manusia, aku kira, sebagai satu tambahan (reward) buat aku. Hehe.. Yang utamanya ialah Allah.. Hanya Allah..” hati menyambung.

“Nafsu, aku tidak akan mampu mengubah kau. Tapi izinkan aku mengawal kau. Kau adalah sebahagian dari aku. Jangan jadi musuh aku.” Hati memujuk.

“Tengoklah dulu macam mana,” kata nafsu..

*************

Kesimpulannya ??

Letakkan Allah di tempat yang selayaknya..

Sayang, cinta, saling memerlukan; itulah fitrah manusia..

Tapi jangan cemarkan ia dengan maksiat. Kadang-kadang kita tak perasan pun.. So, andai sudah perasan kita berbuat dosa, berhentilah.. Kembali semula pada Allah.. Minta ampun dan cuba tahan diri agar dosa sama tidak berulang lagi.. InsyaAllah…

Nafsu memang degil.. Kena pandai kawal.. Nafsu tak boleh dihapuskan, melainkan Allah sahaja yang boleh mendelete nafsu tu. So, kita sebagai manusia, kita kena kawal dengan iman dan akal..

Jangan bersedih dengan dugaan dari Allah ini. Kita boleh menangis.. tapi jangan merungut.. Hilang rasa ‘bahagia’.. wei, serius aku tak tipu, try jgn merungut waktu ditimpa musibah, memang pahit tapi amat manis… entahlah, memang pelik.. tapi memang betul.. tak caya ckp aku, try la…

So, manusia tak mungkin sempurna.. aku mintak maaf atas segala kekhilafan aku…

End…………………….

Semoga kita bertemu kembali dalam keadaan Allah meredhai kita..

Peace no war…

Luahan Hati Penulis Yahudi : Kita Sudah Kalah

Satu akhbar Russia yang diterbitkan di Amerika ditarik balik pengeluarannya kerana seorang penulis Yahudi telah membuat satu artikel mengenai kebenaran yang perlu mereka (Yahudi) terima. Berikut terjemahannya:

Sekiranya kita ke Gaza untuk membebaskan Shalit (yang ditawan hamas sejak 2006). Kita pulang tanpanya.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menghentikan roket-roket. Sesungguhnya bertambah jauh roket tersebut pergi (sehingga hampir ke Tel Aviv) dan semakin memberi ancaman kepada kita.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menghapuskan Hamas, sesungguhnya Hamas semakin disayangi dan kita telah memberikannya pengiktirafan rasmi.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menjajahnya, sesungguhnya telah kita tahu hakikatnya bahawa pasukan tentera kita tidak mampu menguasai satu meter pun di dalam kawasan Gaza.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menunjukkan bahawa kita hebat, sesungguhnya peperangan telah tamat seperti yang diputuskan oleh pejuang, bukannya ketika kita buat keputusan (berperang).

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mempamerkan kekuatan kita, sesungguhnya cukuplah kita buat pertunjukkan ketenteraan di Tel Aviv.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk membunuh pemimpin Hamas, sesungguhnya kita hanya membunuh dua orang dari 500 pemimpin gerakan Hamas.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mendapat simpati dari dunia, sesungguhnya pandangan dunia telah berubah kepada memusuhi kita. Orang yang dulu bersama kita pun telah memusuhi kami.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk mengembalikan kepercayaan kepada tentera kita, sesungguhnya kita telah menambahkan kecut pada tentera kita dan telah menambahkan keyakinan kepada pejuang-pejuang hamas pada diri mereka.

Sekiranya kita pergi ke Gaza untuk menetapkan kekuatan pencegahan kita , sesungguhnya telah jelas bahawa senjata kita, tidak kita gunakannya dengan baik, semasa di daratan dengan dua kali percubaan 2006 dan 2008. Ia tidak mencegah Hizbullah dan juga tidak mencegah Hamas.


Malahan bertambah ancaman dan keberanian pemimpin-pemimpin Hamas. Allah yang lebih mengetahui perkara yang akan datang selepas mana telah tersebar maklumat ini dalam kalangan penduduk setempat; iaitu maklumat berkenaan dgn pejuang-pejuang Palestin dan kemampuan mereka untuk melawan kita. Kita tidak seharusnya lupa ketika berlakunya pertemuan demi pertemuan untuk perdamaian

Kita tidak pernah mendengar permintaan Hamas walau sekalipun untuk genjatan senjata sehingga kita yang memintanya. Biarlah aku bertanya "Siapa yang menakutkan siapa?" Allah lebih mengetahui, terdapat 800 ribu penduduk Israel di selatan, yang mana mereka akan gementar dan bergegas ke tempat perlindungan apabila mendengar nama Hamas. "Siapa yang menakutkan siapa ?"

*******

Khalil Ismail al-Haya, Ketua Whip Hamas, berkata;

“Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk MENGORBANKAN JIWA, NYAWA, HARTA, dan ANAK-ANAK KAMI untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjidil Al-Aqsa.”

“Kami juga telah dipilih untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci kita. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami dan bukannya kehidupan dunia.”

“Selama lebih 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu juga, kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan diperangi. Mengapa ? Hanya kerana kami mengucapkan ‘Lailahaillallah’, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.”

“Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami perlukan sokongan dan bantuan kalian.”

“Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan Hari Pembalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan kalian semua. Kami tidak akan reda terhadap KELESUAN dan KEBISUAN kalian semua.”

****



Tahukah kamu wahai penduduk Palestin,
Bahawa kamu amat bertuah ??
Kalian terpilih di antara kami…..
Aku juga ingin dipilih..
Tapi mungkin saatnya belum tiba buat aku,
Tapi aku tahu..
Aku bakal menyusul selepas kalian
InsyaAllah…

Aku akan mencuba sehabis daya ku, untuk menyambung perjuangan kalian memartabatkan Islam………
InsyaAllah…

If you really do care about me, you will not just seeing the ‘mask’ I’m wearing..

If you really care, you only bother about my heart…

Look into my eyes…




Can you just tell; what I feel, without me explaining to you..

Please say ‘yes’…………….

Because I’m not feeling like I want to cry out loud what is inside me…

Yet, I really need you to understand me…

Hmmm..

It’s okey if you don’t understand…………..

Just leave me alone then…

Tomorrow the sun will rise like usual…

There’s nothing going to change whether you understand or not..

It will be the same, right ??

Thanks for reading anyway….

Don’t say that I’m nonsense…

Coz, it hurts me…

Don’t simply just nag about me,

It really make me sick…

Make me laugh again…

Please…………

So, I can feel how wonderful the sunrise the next day……………

Sebiru Hari Ini
Album : Sepotong Episode
Munsyid : Edcoustic
http://liriknasyid.com





Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

intro

reff 2x

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

+++++++

Sahabat !!!!!

Aku sangat2 rindu pada kamu…..

Lagu nie…. Dy buat aku hampir nangis (air mata just bergenang je ) ….




Huhuhuhu..

Hmmmmm..

Tenang giler lagu nih…. berjaya menusuk ke hati aku….

Aku terkenangkan sahabat2 kelas aku…

X tau la ada ke x insan mcm korg kat sane….

Boleh x aku nangis skrg?





Azua….. bnyk giler kenangan aku dgn kau… aku rindu sama kamu… maafkan segala kesalahan aku.. kaulah sahabat terbaik yang pernah Allah kurniakan buat aku…


Huhuhuhuhu…

Terkenangkan wktu kite seme hepi….

Terkenangkan wktu kite seme menyepi…….

Hmmmmm… mungkin kite x selalunya hepi bersama……. Ada pahit ada manis… aku bersyukur !!! tahulah sekarang betapa sbnrnya aku menyayangi korg… mungkin mulut aku meluah benci, tapi hati aku… ntah la….. aku rindu kalian.. itu je kut aku nak ckp…..

Oitttt, aku nak pergi dah nie….

Korg tahu x???





Korg tahu x, aku nak sgt jumpa korg…….

Aku mintak maaf kalau aku terlupa nak wish birthday, terlupa nak send hadiah birthday, lupa nak msg tanye kabar, lupa nak kol korg tanye kabar, lupa segala mcm jenis lupa lah…………..

Aku mintak maaf…

Aku sayang kalian…

Dan teruskan berjuang dalam hidup k….

Doakan yg terbaik utk seme….

Dan lagu ini aku dedikasikan khas untuk budak2 kelas Efficient 07/08, Maktab Rendah Sains MARA Beseri, Perlis………………………………………………



Habis bantal aku basah sbb nangis…

Huhuhuhuhu……………………………………………….












Sesungguhnya……..

Wan Nurazim Ezzati Wan Abdul Rahim

SAYANG

Korg seme…………………………………………


semoga kita berjumpa semula...

ikhlas dari seorg sahabat

giler aku x men2...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Rasanya kali nie, aku nak menulis psl apa yg aku tahu under tajuk “Abbasiyah”..

Ha… kenapa Abbasiyah??

Tahu x korg, pada zaman Abbasiyah nie, kita (umat Islam) menjadi Ustaziatul Alam (World Order) ??

Dalam bahasa mudahnya; kita menjadi ikutan dan kita adalah trend. Ya, jubah kita, tudung kita dan segala-galanya mengenai Islam dipandang tinggi dan diikuti oleh manusia yang hidup pada zaman itu termasuklah Barat yang ketika itu melalui zaman Renaissance. Sukar untuk dipercayai??




Usahlah begitu lemah sehingga membiarkan syaitan yg sentiasa berdendam dgn kita menghembuskan perasaan was-was dlm hati kalian…. Sedarlah kalian..

Dan jgn kata benda ini dusta !!! Betul x wahai org2 yg diberikan Allah kesempatan berumur panjang??

Memang perkara ini tidak ditimbulkan dalam buku teks sejarah. Aku sendiri pun pelik kenapa perkara penting seperti ini tak diberitahu.. Ish, geram giler !! buat malu je dpt A1 dlm sejarah SPM kalau perkara penting mcm nie pun x tahu… Ish !! lain kali beritahu la…



okey... kita semua tahu...

Pada zaman nie, kita ada Baitulhikmah (perpustakaan terbesar). Nak tahu berapa bnyk buku dlm nie?? Ibnu Nadhir telah menghasilkan berjilid-jilid buku yang bertajuk ‘Fihrasat’. Isi kandungan ‘Fihrasat’ ini cuma nama penulis dan tajuk buku-buku yang ada dlm baitulhikmah nie je…

Pada zaman ini jugalah, keempat-empat ulama Fiqh hidup. Siapa Ulama Fiqh nie?? Contohnya; Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Ahmad, dan Imam As-Syafie.. Imam As-Syafie lahir pada hari Imam Abu Hanifah meninggal dunia.

Korang nak tahu x siapa yg bertanggungjwb memperkenalkan ‘table manners’ (mcm mane pgg sudu wktu mkn, pgg gelas plk mcm mane dan sebagainya la) ?? Ibnu Ziryab.. X percaya ?? Sebenarnya, Ibnu Ziryab adalah seorang gabenor wilayah pada zaman Abbasiyah. Disebabkan beliau menimbulkan suatu kes, beliau dihalau dari Baghdad (pusat pentadbiran Abbasiah ketika itu dan sekarang adalah ibu kota Iraq). Beliau datang ke Andalus (Spain) setelah dihalau. Di situ, beliau memperkenalkan hiburan di istana, gitar tali yg ke-6 dan macam-macam la… Beliau disanjung di sana sehinggalah ada sebuah pub di sana dinamakan dgn nama beliau iaitu ‘ZIRYAB’…..

Well, ada pelbagai versi tentang kehidupan Ibnu Ziryab ini. Kalau ada sesiapa yg tahu and care to share, boleh la kongsikan… Terima kasih bnyk2…




Pada zaman ini jugalah menyaksikan Salahuddin Al-Ayyubi, menawan kembali Palestin dari tentera Kristian (Perang Salib 3). Bercerita mengenai perang Salib, kita sudah melalui 9 siri. Ada waktu, Islam menang dan ada waktu, Kristian menang. Dan dikhabarkan setiap kali tentera Kristian menang, mereka akan membawa balik sedikit org tebusan dan membawa bnyk buku ke negara mereka.

Di sini jugalah kita berjumpa dgn khilafah-khilafah yang hebat seperti Khalifah Harun Ar-Rashid, Khalifah Al-Ma’mun dan sebagainya.

Pada waktu ini, Amerika masih belum dijumpai oleh Colombus. Ubad bin Nafi’ telah berjaya menawan tanah sehingga ke Utara Afrika. Utbah Bin Nafi’ mengatakan jika ada tanah lagi di seberang laut ini, maka aku akan menyeberang laut ini dgn kuda ini. Dan seberang laut sana adalah tanah Amerika.

Alangkah bagusnya jika aku menikmati saat kegemilangan itu…. Kenapa tidak dikekalkan ???

Tamadun ini, sayangnya tidak bertahan lama. Ada 2 punca yang mengakibatkan Abbasiyah ini jatuh….

Serangan tentera Monggol dan Perang Salib.

Dikhabarkan, sebulan sebelum tentera Monggol datang menyerang, semua orang dlm kerajaan Abbasiyah ketakutan. Pada saat ini, Khalifah Al-Musta’shim Abu Ahmad berkuasa. Ketika ini juga, Umat Islam sudah leka, semangat jihad sudah terhakis. KENAPA??? Cucu mu ini bertanya.. MENGAPA BEGITU???

Nak tahu sejarah org Monggol??

Orang Monggol adalah golongan manusia hidup secara nomad dan mereka suka berperang. Kanak-kanak di awal usia lagi sudah diajar berlawan. Fighting is their passion.

Nak ceritanya; Hulagu Khan (cucunda kpd Genghis Khan) dtg ke istana khalifah ini. Beliau mengarahkan khalifah Al-Musta’shim untuk mengumpulkan semua ulama’, gabenor perang dan org kanan khalifah. Khalifah pun kumpulkan.. Hulagu Khan terus membunuh semua ulama’, gabenor perang dan orang kanan khalifah tersebut.. khalifah Al-Musta’shim pula dibunuh dengan cara; khalifah itu digulungkn dlm permaidani dan beliau dipijak dan dihentak oleh kuda tunggangan org Monggol itu..

Dalam kekalutan org Monggol mengganas di Baghdad ini, anak saudara Khalifah Al-Musta’shim berjaya melarikan diri ke Mesir dan membentuk kerajaan Abbasiyah yang ke-II.

Tapi Alhamdulillah, Org Monggol memeluk Islam x lama selepas itu dan menjadi penyebab Islam disebarkan dgn lebih meluas….


InsyaAllah, apa2 ilmu bolehlah dikongsikan.. apa jua kesalahan silalah tegur. Ini adalah sejarah yang saya dengar dan saya baca.. Wallahualam.. Allah jua lah yang mengetahui kebenarannya. Saya sekadar berkongsi…

Hmmm…




Bayangkan sekarang korang merenung bintang…

Sambil berbaring atas rumput…




Suasana begitu nyaman… hanya ada bunyi katak dan cengkerik…

tiada manusia… tiada arahan…. Tiada kerja… tiada bebanan…. Tak perlu fikirkan dunia…. Yang ada cuma ketenangan dan kebebasan bertindak…..

“Sesungguhnya Kau tidak menjadikan semua ini sia2” detik hati sambil tersenyum melihat langit….

Tarik nafas dlm2…

Segar!!

Hilangkan segala resah……..

Jom selesaikan masalah aku!!!

“Di mana aku tinggalkan diri aku?”

Aku x realise la…. Asyik sgt dgn urusan aku… sampai aku x tahu aku tinggal ‘aku’ di mana…. Hmmmmm…

Huhu… boleh x aku jumpa diri aku dlm kotak ‘lost & found’??




Di mana aku silap langkah sampai tergolek2 aku jadinye??




Di sini kah??




Tapi benarkah di signboard ini semua org akan jatuh??? Kalau x, pehal aku jatuh kat sini…






Yang pasti, aku dah pun tergolek….

Huhu…

Aku sure saat aku jatuh tergolek2 x psl2 nie, aku tertinggal ‘aku’…

Tergesa-gesa bangkit dan terus melangkah tanpa membetulkan keseimbangan fikiran…

Hmmmmmmmmm…




Jalan yang masih panjang…

Tangga yg bertingkat-tingkat….

Jap3…

Aku rasa……

Aku dah jumpa ‘aku’!!!!

Akhirnya!!






Terima kasih kerana flowernye.. hehe…

Ha!!!

Hoho…

Aku x hilang diri sendiri la rupenye….

Just aku x perasan yg ‘aku’ ada dlm aku…

Kena cungkil kuar…

Baru nmpk ‘sinar’nye





Jap2…

X de kena mengena dgn gigi la!!!

Conclusionnye………..

In a nutshell…




Kita x prnh kehilangan diri kita, identiti kita…

Identiti kita berada di dlm…

Kita kena tenangkan diri dan cari…..

Teruskan mencari tnpa rasa cemas, jemu, mahupun benci….

Bila rasa dah jumpa, ‘bawa’ ia bersama dlm semua situasi hidup kita..

Semoga makin biasa dari sehari ke sehari….

Tolak semua fikiran pesimis..

Tolak dgn penuh perasaan




Dan…

Jgn ingat kita boleh berjaya dgn membelakangkan Allah…

Ingat Allah…

Tolak syaitan…

Syaitan akan cuba mempengaruhi kita..

Tapi kita kena lawan… walaupun dgn lawan tu, kita rasa sakit…




Teruskan berlawan dgn syaitan…

Jgn benarkan dia menang ke atas kita….

Okey ??????




Have a beautiful day!!!

And selamat dunia akhirat..

Kita semua akn mati akhirnye...….

be prepare!!!!

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kelihatan seperti seorang gadis sedang duduk bersandar pada dinding surau. Sepertinya mengelamun jauh; mungkin sudah sampai ke Sarawak barangkali. Ya, apa-apa saja lah. Suasana sebegini memang mampu membuatkan manusia berhenti sejenak dan kembali menjahit tikar iman yang sudah terkoyak lantaran lekanya manusia dengan duniawi.

Aku juga tidak terkecuali. Usai mentaddabur Quran, aku memencilkan diri di sudut surau. Tiba-tiba sahaja hati kecilku bertanya; ‘Apa matlamat hidupmu?’ Aku terdiam. Ya, apa yang aku kejar selama ini?? Adakah hidup ini semata-mata ingin meraih keputusan cemerlang lantas membuatkan keluarga berasa bangga?? Aku juga kurang jelas akan matlamat hidupku.

Kalau mengikut logik akalnya, sudah tentu kita hidup kerana Allah. Jawapan tipikal a.k.a SKEMA…

Ya, penyataan yg skema itu tidak salah. Cuma perlu di‘specific’kan lagi. Dan harus datang dari jiwa. Barulah tidak dikatakan SKEMA.

Aku belajar kerana aku cinta sama Allah.
Aku belajar kerana aku mahu menolong mereka, yang juga mencintai Allah.

Kuat tak reason aku ini untuk belajar??

Allah…. Pencipta aku…

Kerana Dia, aku hidup.
Kerana Dia, aku menjalani apa yang aku jalani sekarang ini.
Kerana Dia, aku adalah aku.

Aku masih lagi seorang pelajar. Menuntut ilmu bukan semata-mata segulung ijazah. Aku menuntut ilmu kerana aku mahu gunakan ilmu itu demi menegakkan syiar Islam; semata-mata kerana Allah. Islam itu adalah cara hidupku, bukan sesuatu yang boleh dipijak dan dihina. Dalam dunia ini, hanya manusia yang berakal diberikan penghormatan. Betul tak?? Antara yang berakal dan yang berduit, yang berakal tetap dihormati tetapi yang berduit hanya disanjung penuh benci. Bilamana duit habis, dicampaknya pula ke dalam mana-mana parit.

Merungkaikan perasaan benci, aku tidak membenci mana-mana bangsa hatta bangsa yang paling angkuh sekalipun.. aku juga tidak membenci mana-mana manusia hatta manusia paling kejam sekalipun. Aku cuba sedaya upaya untuk mengikhlaskan hati aku untuk menerima manusia seadanya. Kerana aku sedar aku bukanlah insan paling layak untuk memulaukan insan-insan lain. Islam tidak mengajar aku untuk membenci manusia. Islam juga tidak mengajar aku untuk mencela manusia lain..

Huhh, susah sekali……….

Susah sekali mengikhlaskan hati!!!

Susah sekali untuk tidak berdendam apatah lagi kekejaman itu berlaku di depan mata ini!!!!

Amat susah…

Jika ditawarkan emas setinggi gunung everest, rasanya aku tidak mampu membuang perasaan dendam itu.. apatah lagi kelakuan itu lebih teruk dan hina berbanding haiwan… apatah lagi jika ia melibatkan saudara seIslamku; yang kenal Allah itu siapa, yang menyahut seruan Allah untuk solat, yang tahu benarnya Quran itu, yang tahu Muhammad SAW itu adalah rasul terakhir.. pendek kata; yang aqidahnya sama sepertiku.. amat payah..

Apa emas (duit) mampu menyejukkan marah aku?? Tak mungkin!!!

Ya, instead aku akan menggunakan emas itu untuk menghancurkan, dan meranalah hidup kalian yang sudah hilang kemanusiaan itu… hahaha..

Tapi…

Aku lebih takut akan Allah..

Allah itu Maha Mengasihani, aku tahu… tapi Allah juga amat keras azabnya…

Antara melunaskan dendam dan redha Allah; sudah tentu, comfirm!!! Aku pilih redha Allah.. kerana redha Allah itu everything.. redha Allah itu mengatasi segala-galanya. Tanyalah mana-mana muslim yang hatinya mencintai Allah, adakah redha Allah menjadi tujuannya hidup??

Ya, kerana Allah, aku TIDAK menaruh sebarang dendam terhadapmu, wahai manusia yang melampaui batas kemanusiaan.

Aku hanya mahu Islam ditegakkan semula. Aku mahu Islam dihormati. Andai perang itu mampu mengembalikan kesucian Islam, Ya, aku mampu berperang dan akan berperang..

Jangan risau.. aku tidak akan memerangi kafir zimmi (kafir yang tidak menentang Islam). Kerana aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ‘barangsiapa menyakiti seorang kafir zimmi, maka akulah lawannya. Dan sesiapa yang menjadi lawanku akan aku tewaskan dia pada hari kiamat.’

‘Apa matlamat hidupmu? Kau berfikir jauh sekali, wahai anak. Cuba lihat apa yang ada di depanmu. Apa yang berlaku sekarang? Haha.. usah cakap berapi-api!! Tengok pemimpinmu!! Ya, pura-pura tahu segala tapi… hahaha.. Tengok generasi tuamu, konon lebih dulu makan garam.. haha.. tengok tu, sibuk dengan urusan duniawi!!! Anak-anak dibiarkan dalam lembah hina.. Yang penting duit masuk.. haha.. masakan kau tidak mahu terima duit cash buat ganti dendammu itu. Kau tengok perilaku generasimu; berdating sana sini.. Di hati mereka, ada cinta lain yang bertakhta.. mereka lebih senang mengikut hawa nafsu.. haha.. inikah mereka yang akan berjuang sekali denganmu??? Aku ragu… adakah kamu mampu membawa pulang kemenangan… hahaa.. JANGAN JADI BADUT DI MADAN PERANG!!! Setakat tudung yang menutup dada dan tidak jarang juga, sudah mengeluh panas… aku ragu hei anak… mampukah generasi kamu mengembalikan tamdun Islam yang gilang-gemilang itu?? hahahah…’

‘Ya, kamu mahu dihormati??? Teruskan bermimpi hei anak!! Mana mungkin Islam dihormati begini!! Kamu sendiri melampaui batas.. meletakkan Islam bukan di tempatnya.. hahahaa… inikah Islam yang cuba diwar-warkan oleh segelintir penganut Islam?? Jgn buat jenaka boleh?? Hahahaha…sedangkan perempuanmu berasa janggal bila mengenakan stokin, mereka lagilah bertambah janggal bila kamu menyuruh mereka berperang.. mungkin mereka sesukanya berpaling sahaja darimu!! Hahaha..’

‘Aku pelik hei anak.. generasimu di sini begitu gelojoh makan tanpa sempat bismillah sedangkan generasimu di sebelah sana, tidak mempunyai apa-apa untuk makan… kelakar sungguh yea kalian… generasimu di sini seenaknya memarahi orang lain tanpa mengenal usia dan bangsa tetapi generasimu di sebelah sana seenaknya dimarahi, dipukul, disepak terajang dan dibunuh… tidak timbul apa-apa kesannya di hati kalian?? Hahaha… eh anak, mengapa kau menangis???’

CUKUP!!!

AKU BUKAN MEREKA!!

‘hahah.. apa yang kau merepek nie ha?? Kau SEBAHAGIAN dari mereka..’

AKU TAK MAHU!!

‘Ah!!! Usah jadi seperti budak kecik!! Matang la sikit… mana mungkin mereka dapat berubah jika engkau berperangai tak ubah seperti budak kecik.. ah!! Pernah kau dengar bahawa semua tidak mungkin akan mengikut arahan orang yang tak matang!! Kau SEBAHAGIAN dari mereka!! Itu adalah takdir! Apa kau berani menentang takdir?’

TAK…. Tapi bagaimana harus aku merubah mereka..

‘kau ada akal enggak??? fikir la…’

Di Padang Mahsyar, ketika orang ramai dihimpunkan mengikut apakah agama dan cara hidup mereka semasa di dunia, sekelompok ini ditanya, “Apakah kamu tidak pergi menyertai manusia yang ramai itu?” Mereka menjawab, “Semasa di dunia lagi, kami sudah pun tidak menyertai mereka biar pun semasa itu kami memerlukan mereka berbanding hari ini. Kami akan terus menunggu keselamatan dari Allah yang kami abdikan diri kepada-Nya selama ini”
[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Sebenarnya aku menulis nie adalah untuk diri sendiri… kerana aku hanyalah manusia biasa yang sering lupa.. hidup di bndr nie x mudah… hehe.. apa maksud aku??

Aku dibesarkan di bandar. So, aku x de lah hairan sgt bile nmpk perempuan yg x pakai tudung, yg pakai tudung pulak wt maksiat, main gitar lah, perempuan menari dan menyanyi, lelaki dan perempuan berdua-duaan, mkn suap2…. Serius, aku dah muak tgk dan situasi nie x menimbulkan apa2 kesan pun di hati aku.. bagi aku; dunia korg, ikut korg lah…..

Sampailah aku ‘dicampak’ Allah ke sebuah sekolah di ceruk utara, memang aku kena culture shock… korg bagitau aku; kat sekolah kerajaan mana, korg boleh nmpk budak perempuan pakai tudung labuh, jln in group yg semuanya bertudung labuh?? Come on la… kat shopping mall pun x kelihatan mereka-mereka ini.. kalau ada pun, taraf mak cik je… ada budak2 belia pakai cm tu kat bndr nie?? kalau ada pun, jln sorg2.. paling2 pun jln dgn family… tak pun, jln dgn mereka yg bukan bertudung labuh…

Aku, sejujurnya, aku x biasa!! Aku x biasa dgn condition kat sekolah tu.. well, aku follow the flow je lah… peraturan kata pakai tudung, baju labuh, seluar x ketat, stokin x jarang…. Aku just ikut je lah… walaupun time tu, aku belum dpt hidayah lagi… sbb aku x mau timbul masalah.. aku just ikut selagi aku boleh ikut la….

Dua tahun aku kat sekolah tu, aku belajar mcm2.. kat sinilah tempat aku berjaya mempraktikkan apa yg aku belajar dlm silibus agama. Aku berjaya mengaitkan Islam dan kehidupan aku… kesian kn?? Dah nak dekat amik SPM baru sedar Allah tu siapa…. Astaghfirullah.. syukran Ya Allah…

Sekarang nie, aku baru je habis premedic kat UPM… kat sini, masyaAllah, keinginan utk menjadi jahil seperti dulu muncul kembali… Astaghfirullah, pelihara aku dan kami, Ya Allah…. aku nak sgt petik gitar kembali… aku nak sgt menyanyi mcm dulu…. Astaghfirullah…. Ya Allah, tahan nafsuku dan hapuskanlah tipu daya Syaitan.. Amin…

So, nak ceritanya kat sini, iman seseorg boleh bertambh dan berkurang… sapa nak iman dia berkurang??? Aku pun, kalau boleh, aku x mau…. Tapi apakan daya, aku manusia, kdg2 x sedar… dan aku pun faham, saudara2 seIslamku yg lain juga kdg2 x perasan akan ‘kekurangan’ imanku.. sbb tu aku amik inisiatif menulis di sini.. moga2 aku tidak terkeluar dari landasan sebenar…

Genggamlah imanmu seperti kau mengenggam bara api.. walau perit terasa, teruskan mengenggam… biarkan saja mereka dgn dunia mereka.. ingat; tugasmu hanya menyebarkan dakwah dan bukan memberikan hidayah… janganlah terlalu kecewa, wahai saudari…

Andai kau berada di persimpangan, tetapkan dirimu memilih kebenaran… yg haram tetap haram, yg halal tetap halal.. usah terpesona dgn pujuk rayu thagut!! Tegakkan kalimah Allah..

Sama ada kau berjaya atau kau syahid….

Walau apa pun, jgn pernah tergerak hatimu utk mengikuti golongan yg tidak mencintai Allah dan Rasulullah SAW…

Ingatlah akan perjanjianmu dengan Tuhanmu!!



___________________

Entahlah.. I don’t know what to think now…

Aku cuba cari ‘keikhlasan’ but aku x tau nak start kat mane…

Aku just nak belajar dgn hati yg tenang… bukan sbb nak dpt mrkh top ke apa ke… serius, mmglah mau tapi itu bkn tujuan utama aku belajar… aku just nak buat yg terbaik dlm every sem kerana Allah.. so, aku rasa puas hati sgt2… aku try cari ‘ikhlas’ tapi aku x tahu aku tertinggal kat mana ntah perasaan itu…

Padan muka sendiri!!

Adeh… kalau yea pun x puas hati dgn aku, x yh lah baling batu kat aku… baling penyapu krg… (jgn mrh.. hehe.. )

Hmmm…

Kenapa aku insertkn lagu ‘The Climb’ nie??

Sbb…

Lagu nie mengingatkan aku agar jgn berjuang sambil lewa…

Memilih utk menjadi doktor adalah satu keputusan yg sukar yg prnh aku buat…. Inilah perjuangan aku.. aku boleh je jadi domestic engineer (suri rumah sepenuh masa), tapi aku fikir aku nak sumbangkan sesuatu secara direct untuk Islam…

Lagu nie mengajar aku agar jgn cpt berputus asa… walaupun kita hampir mengenggam kejayaan tu, tapi mungkin kejayaan tu ditakdirkan utk org lain, kita terlepas… dan TIME TU, jgn jadi org giler… sabar dan terus sabar… yakin Allah ada rancangan yg lebih elok buat kita…

Dan jgn terlalu push diri terlalu hard… everyone has their own limit.. learn ur limit, and make best out of it….

Okey…..

Assalamualaikum..

kids, we do stuff together.
- I’m missing this time!!! Now-a-days, I have to shut my own mouth and listen to others…. All the time!!!!! Huhu… it is so-not-called doing things together… pleaz la…

kids, we had a fight and 2 minutes later.. it was like nothing had happened.
- I remember this one!! I used to have a frenz. We had a fight and after a few minutes, we like siblings again… wah, I really miss her!!! Now, it is soo hard to let things go; with or without ‘sorry’… huhu….

kids, we fell down the bicycle but we still never give up until we can ride it without our parents supervision more than 10 seconds.
- I know… Now, I don’t know what happen to me… seriously, I miss my own self.. I wish that this tears will fix everything up…

kids, we never talk bad about one another.
- being innocent… huhu… I wish I can always talk good about others… being happy all the time… really!!!!!

kids, we did sumthing wrong... but the adults said, "huh~~ kids..."
- huhu…. Can I be kid once again???

kids, we cried but there will always be sum1 who will blow the sadness away by telling us that it was nothing. actually, they were lying just to make us happy.
- hmmmmm…. My tears going to roll down now… any minutes.. huhu… sad to say that now-a-days, there is no someone who going to wipe my tears… nanti org kata, ‘manja’ la… huhu… I just need a comfort, feeling of secure… and it really hurts me when there is no one there on my side which I can count on… hmmmmmmm……. I hate bluffers!!!


Thankz guys… being alone is hurting me….. it is nice, when you really need a break, then alone is the best choice… but it is hurt when you want to enjoy and what u have to face????? Loneliness……….. hmmmmmm….. thankz once again….

Lagu apa yg boleh menggambarkan perasaan aku nie?? aku x benci, cuma aku terluka….. terluka ditinggalkan…. Terima kasih kawan2… thank u sooo much…. At least, aku belajar utk berfikiran positif… tahu x, susah nak terus-terusan berfikiran positif??????

Apatah lagi bila kita tgk dgn mata kita sendiri yg org tu langsung x menunjukkan kesungguhannya utk sama2 think positive….. rasa rimas kdg2…. Rasa cm geram je!!! Huh…. (sabar Ezz sabar)

Hehe…

Okey3.. dh emo2 nyer….

Dh luah kut… rasa lega semacam je nie… okey2… tgk gmbr nk??? Sikit je kut aku upload… malas nak upload bnyk2… baru lps emo kn…….. sori…




Nie gmbr aku dgn ashikin… satu kelas arab dgn aku… diambil time pukul 12 tgh mlm kut… hehe.. ada jamuan bbq kat UPM… tnda premedic nak habis…..




Nie gmbr bdk2 kelas arab aku dgn ustaz arab aku… namanye; Ustaz wessam zayd… demi anak murid, ustaz pakai kain tu… dan kain atas kepala tu, kwn ustaz yg buatkan… sporting giler ustaz kitaorg…

Hehe… ok dah…. Org dah kata, org malas nk upload gmbr bnyk2… asif2…

Daa… good night….




Aku tido dlm keadaan sakit tapi insyaAllah akan bangun esok hari dlm keadaan sihat walafiat…. AMIN!!!!!

Warkah ini dimulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum warahmatullah. Bagaimana iman kamu hari nie? semoga Allah sentiasa ada di hatimu. Amin..

Tujuan saya menulis warkah nie, bukan untuk menyesakkan dada kamu, jauh sekali menimbulkan fitnah buat kamu. Sekadar satu pengakuan jujur dari hati seorang muslimah. Saya harap sudilah kiranya kamu teruskan membaca…

Muslimin,
Saya terkedu apabila ada yg bertanyakan “di manakah Salahuddin al-Ayubi yg ke-2? Di manakah pewaris Umar al-Khattab? Di manakah pengganti Usamah bin Zaid? Saya menangis!! Kerana saya tahu kamu belum sedar bahawa KAMUlah pewaris mereka. Saya menangis kerana di saat ini, saya tahu, kamu belum benar2 ‘merdeka’ dari jahiliah. Maafkan kelancangan saya…..

Muslimin,
Saya amat menghormati peranan kalian sebagai imam buat kami. Ketahuilah, saya tidak akan pernah menjadi imam buat kamu!! Peranan ‘imam’ itu dipertanggungjawabkan ke atas diri kamu, maka, janganlah kamu berpaling darinya. Jadilah imam buat kami..

Muslimin,
Tahukah kamu Rasulullah SAW sudah wafat? Sedarkah kamu Saidina Abu Bakar sudah tiada? Lupakah kamu Allah sudah mengambil nyawa Saidina Umar al-Khattab? Lalu, siapakah yg paling layak membela kami; wanita dan anak kecil?? Org kafirkah, wahai muslimin??

Muslimin,
Saya tak buta dan pekak. Berapa kerat di antara kamu yg bergetar hatinya setiap kali disebutkan ‘Allah’? berapa kerat di antara kamu yg memgerjakan jemaah fardhu di surau mahupun masjid? Berapa kerat di antara kamu yg menundukkan pandangan setiap kali berhadapan dgn kami? Dan bagaimana saya tidak menangis?? Ya Allah, izinkanlah hidayah-Mu menyentuh hati mereka.. Amin….

Wahai hamba Allah,
Jagalah hati dan cintamu. Jgn diserahkan kpd manusia, walaupun manusia itu merayu kpdmu. Cintailah Allah dgn sbnr-bnr cinta. Akuilah dosamu dgn sebenar-benarnya. Begitu banyak nikmat yg sudah Allah kurniakan buat kita semua, lalu nikmat Allah manakah yg kita cuba dustakan??

Wahai hati2 yg merindui Allah,
Janganlah kalian lekas lalai dgn perhiasan dunia. Kami amat2 memerlukan kamu. Bangunlah.. usah dibiarkan syaitan terus merantai diri kamu. Bangunlah!! Dengan Nama Allah!!!!!!

Berjihadlah kita semua!! Islam ditinggikan atau syahid!!! Perjuangan ini masih belum selesai…..

Kami umatmu ya Rasulullah SAW!!

Kita kan kalau ditimpa musibah / tgh menangis; org mesti bagi nasihat ‘bersabarlah’.. betul x? bersabar tu apa yea? Bersabar tu means kita membenarkan ‘org’ itu terus-terusan menyakiti hati kita ke?? Tak pun bersabar tu maknanya kita kena memendam perasaan kita??

Anyhow…

Aku sekarang pun tgh melalui ujian; hmmm, x de lah getir sgt.. tapi memang agak sakit jgk la… menangis jgk la kdg2.. tapi x de la sampai nak menghancurkan diri aku sendiri.. aku boleh tahan ag ujian dari Allah nie.. InsyaAllah…

But…

Ujian dari Allah nie lah yg sbnrnya membuka ‘point of view’ aku.. kalau dulu, wktu sekolah dulu la kan; kalau kwn aku bad mood je, aku pun ikut sekali bad mood.. dia hempas brg, aku pun hempas barang.. dia jalan laju, aku jln perlahan.. dlm hati; ‘kalau kau nak jln sorg2, jln la.. aku pun x mau jln dgn kau!’ wah ha ha… pemikiran x matang… huahua.. lagi2… kalau kwn aku x tegur aku, aku pun malas nak tegur dia… aku gi bergurau senda dgn kwn lain.. dalam hati; ‘kau ingat kau sorg je hidup dgn masalah dlm dunia nih?? Poyo la.. baru masalah kecik, dh wt perangai cm gini.. blah la’ kejam x aku??? Hehe..

As I grew up, I realise…. Aku sedar kenapa manusia2 nih buat perangai cm gini.. InsyaAllah, aku x tergolong dlm golongan nie.. amin…

They need ATTENTION.. tapi diorg seek attention dgn cara yg salah.. aku faham, masalah mmbuatkan korg rasa serabut, tapi try la berfikiran positif.. jgn mengeluh pada manusia lain.. just mengeluh pada Allah.. letakkan 100% keyakinan pada Allah.. yakin dgn Allah.. InsyaAllah, korg akan rasa tenang.. amin, aku doakan… ujian nie, kalau boleh, jgn cerita kat org.. nnt x rasa nikmat.. serius aku ckp… cuba try sekali dlm seumur hidup korg, jgn cerita masalah korg kat org tapi ceritakan masalah korg pada Allah.. try la.. worth it… well, everything is possible, right??

Apa perasaan korg ek bila korg tgh migrain + demam, manusia2 yg ada dlm bilik korg tu terus-terusan bergelak ketawa, seolah-oleh air mata korg invisible??? Sakit tak dlm hati?? Dah la x larat nak angkat kepala, diorg bleh plak treat korg mcm korg invisible.. ish.. sakit giler… tapi tahu x korg, kalau lah wktu tu korg ingat Allah.. Pergh… aku ckp dgn kau, kau boleh bangun dari katil, gi amik wuduk, pastu sembahyang jemaah maghrib kat surau.. weh, aku ckp serius… insyaAllah boleh.. ala, aku tahu la sapa yg kena nie.. alhamdulillah la, dia nie kuat semangat, x mudah putus asa.. even dlm keadaan putus asa pun, dia boleh ‘jalan’ lagi.. giler aku respek dy.. kita doakan sama2 semoga dia terus istiqamah.. Amin…

Apa lagi ek nak share…

Nak ckp kat sini, x pyh la tension2 sgt… senyumlah walaupun hati dah x tertahan dah.. relax, cool down.. amik wuduk, sembahyang.. at the end of solat, menangislah sepuas-puasnya.. biar basah sejadah dgn kain telekung tu… biar kan je… menangis lah… mengadulah hanya Pada Yang Esa..

Hmm.. fikir2knlah… kalau ada yg silap, mintak komen ea…

X pe.. aku x mkn org… x yh takut2..

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu





Ya Allah, ampuni aku…………

Kau lah Pemilik hati, hidup dan cintaku, Ya Allah…….

Aku relakan segala ujian ini…

Biar air mata ini mengalir,
Biar hati ini luka,
Biar badan ini letih,
Biar aku keseorangan,
Biar aku yg berkorban….

Aku benar-benar mencuba utk merelakan semua ini.

Ikhlaskan aku, Ya Allah…

Ampuni segala khilafku, Ya Ghaffar...........

Perjuangan secebis jihad
terkadang..
Meruntun hati,
Menguji rasa..

Namun..

Setiap kegetiran yang melanda,
Renungkanlah kembali satu hakikat,
kitalah MUJAHIDAH ALLAH..
Senyum..
dan menangislah hanya Kerana DIA..

La tahzan..innallaha ma 'ana.

Semoga ALLAH memberikan sebuah pelangi di setiap badai.
Sebuah senyuman di setiap air mata.
Sebuah perlindungan di setiap cobaan.
Seberkas sinar di setiap penglihatan
dan jawapan di setiap doa-doa kita.

****

alihkan matamu ke laut,
airnya cantik mmbiru,
dan penuh ketenangan..

nmun,
hnya Allah sja yg tahu rhsia di dlmnya..
begitulah dgn kehidupan manusia,
riang ketawa tp hnya Allah yg tahu rhsia kehidupannya..

andai kau dilanda kcewa,
pndanglah ke sungai..
airnya tetap mngalir biarpun brjuta batu mnghalang..
jika rsa sedih,
pandanglah ke langit..
kau akn sedar bhwa Allah sntiasa brsama mu...

****

Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan,
jadikan kesedihan itu awal kebahagiaan,
dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram.

Ya Allah, dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan
dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan.

Wahai Rabb, anugerahkan pada mata yang tak dapat terpejam ini rasa Mu yang mententeramkan,
tuangkan dalam jiwa yang bergejolak ini kedamaian,
dan ganjarkanlah dengan kemenangan yang nyata.

Wahai Rabb, tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini pada cahaya Mu, bimbinglah sesatnya perjalanan ini kearah jalan Mu yang lurus
dan tuntunlah orang-orang yang menyimpang dari jalan Mu merapat kehidayah Mu!

Ya Allah, sirnakan keraguan terhadap fajar yang pasti datang dan memancar terang, dan hancurkan perasaan yang jahat dengan secercah sinar kebenaran.
Hempaskan semua tipu daya syaitan dengan bantuan bala tentara Mu.

Ya Allah, sirnakan dari kami rasa sedih dan duka, dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua.
Kami berlindung kepada Mu dari setiap rasa takut yang datang,
hanya kepada Mu kami bersandar dan bertawakal,
hanya kepada Mu kami memohon,
dan hanya dari Mu lah semua pertolongan.

Cukuplah Engkau sebagai pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung dan penolong.
Amin

****

Bila kau letih dan hilang semangat..
ALLAH tahu betapa kau mencuba sedaya upaya..

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan..
ALLAH telah mengira titisan air matamu..

Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu..
ALLAH setia disisimu..

Bila kau telah mencuba segalanya,tapi tidak tahu tujuan..
ALLAH ada jalan penyelesaiannya..

Bila tidak ada yang bererti buatmu,keliru dan kecewa..
ALLAH adalah jawapannya..

****

Berjalan dgn penuh harapan walau hidup in tak selalu bahagia,
Sedekahkan satu senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan,
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan,
Peganglah pada ALLAH walau DIA tak kelihatan.
Bukti kasihNya kita wujud didunia pinjaman ini ada sebab
Bila berlaku sesuatu perkara yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yg mengaku keimanan padaNya,
Jgn terlalu berkhayal untuk jadi yg terbaik
Kerana hidup ini tak semudah itu.........
Perihal kehidupan sebagai cermin dlm menilai sebuah pengabdian yang hakiki lg abadi,
Moga lelahmu dihargai ilahi walau dicemuh insani......

****

Ya Allah, aku pohon Engkau kuatkan aku,
Izinkan aku menyusuri jalan jihad ini sebaiknya,
Aku mahu sekali diakui sebagai hamba-Mu,
Aku juga mahu melihat Rasulullah mengaku aku umatnya,

Ya Allah, aku relakan ujian ini menimpa aku,
Kerana aku tahu,
Kau sentiasa di sisi, menemani aku sentiasa.

Ya Allah, aku mudah lupa,
Ingatkanlah aku akan syahid,
Kerana itulah yg aku buru,
Itulah tujuan aku hidup.

Ya Allah, aku berlindung dgn Mu dari semua makhlukMu yg berniat jht padaku,
Ya Allah, aku akan terus melangkah; demi meraih keredhaan-Mu,
Ya Allah, tetapkanlah imanku, tetapkanlah iman kami semua,
Peliharalah kesucian hati kami,
Dan izinkanlah kami melihat-Mu di akhirat kelak..
Pandanglah kami dgn pandangan rahmat-Mu…

Amin..

Wuh… curi masa kejap…

Hehe.. cbuk sikit la.. sikit je.. x bnyk pun…

Lama giler x update blog nih.. rindu pulak.. huahua.. so, amik masa kejap, nak mencoret something kat sini.. sikit je la kut..

Hari nih bdk2 lpsn SPM mcm aku, akan mendaftarkan diri di matrik masing2.. unfortunately, I’m not one of them.. hehe.. skrg aku kt Serdang.. actually kat UPM.. nak specific lagi, aku dkt fakulti perubatan dan sains kesihatan.. hehe.. wt apa, korg tanye?? Huhu.. jadi cleaner.. kuang3… aku x suruh pun korg percaya… oh, mmg x percaya ek?? Ada aku kisah?? Haha..

Lecturer kat sini baik2.. walaupun kitaorg bknlah student UPM, tapi diorg bagi kitaorg melawat muzium anatomy, physiology, library diorg pun membenarkan kitaorg masuk.. giler ah… mana nak dpt akses eksklusif cm gitu.. tapi… masalahnya.. aku x prnh masuk library sini even aku dah lama niat nak masuk.. huhu.. x sampai seru lagi kut.. haha.. boleh pulak cm gini yea…

Ha, tadi.. aku ada kelas praktikal anatomy.. belajar psl brain.. hehe.. x best bile bnda dah ada depan mata, tapi kita sbnrnya x fhm bnda tuh sfaham-fahamnya… huahua.. sape salah??? Diri sendiri…

Tapi tadi best la.. fhm bnyk jugak lah.. seme sporting.. kalau tanya soklan tuh, jrg la org x jwb.. masing2 akan cuba menjawab.. even diorg x kenal aku pun, diorg tolong jwbkan.. hehe.. ilmu org nak bagi, terima je lah…overall, brmanfaat..

Malam nih, ada kelas bahasa arab.. bkn bhasa arab Fusha, tapi bahasa arab ammiah punyer.. aku bknnye nak amik periksa arab.. skdr suka2 belajar, nak bergurau snda nanti, senang.. ada ke yg sudi brgurau senda dgn aku nnt?? huahua.. apalah yg aku merepek nih… huhu..

Dah lah.. physiology x cover ag.. lcturer bagi assignment weh.. x buat pun lagi.. huahua.. apa nak jadi dgn bdk nih??? Esok nak bincang assignment tuh.. huhu..

Yea3.. nak buat la nih.. hmm… akhirnya aku brjaya meng update blog nih.. YES!!! Hehe.. oklah… daa…………………

Assalamualaikum warahmatullah..

Doakan aku berjaya yea.. terima kasih !!

Hatiku melonjak kegembiraan. Jelas terlakar satu senyuman di wajahku. Pencintamu ini datang untuk menjadikanmu miliknya !! Ayuh, tunjukkan dirimu ! Agar aku jelas dgn keadaan dirimu. Duit beratus ringgit telah ku sediakan, semata-mata untuk menjadikan kau milikku. Tak sabar rasanya hatiku untuk memilikimu. Ketahuilah wahai cintaku, mataku tak lena diulit kesesakan jalan raya dan kesyahduan lagu berirama sepanjang perjalanan ke tempatmu. Betapa aku tidak sabar untuk menemuimu !!

Sebaik kaki menjejak lantai, aku rasa terharu ! Aku masih bernyawa hingga ke detik ini.. Alhamdulillah Ya Allah !! Sesi menangkap gambar bersama rombonganku di hadapan bangunan yang menyimpanmu. Yea, aku dtg bersama satu rombongan semata-mata untuk memilikimu !! Aku pecah masuk pintu utama bersama rombonganku. Nasib baik tiada bodyguard yang menghalau kami. Aku menuruni tangga. Tak dapat aku ceritakan betapa terujanya hati ini ! Aku kehairanan sejenak. Mengapa tiada paluan kompang? red carpet? Jauh sekali bunga manggar?? Tahukah kamu, pencintamu ini sudah hadir di sini???

“Selamat datang ke pesta buku dik. Adik belilah buku nie. Bagus untuk communication skill especially in English. Buku ini banyak membantu……..”

Adeh.. serius, korg fikir apa?? haha.. aku pencinta buku !! Salah ke ayat aku kat atas nih? Haha.. x salah kan??

Baru balik dari pwtc nih.. penat weh.. Alhamdulillah kaki tak melecet.. jauh aku berjalan.. tapi aku ok !! Banyak giler buku kat sini.. tapi….. ntah kenapa kali nih, aku tak rambang mata. Dan yang paling buat aku terkejut, aku hanya membeli 3 buah buku sahaja.. Akhirnya aku berjaya mengawal nafsuku utk berbelanja !! haha.. Alhamdulillah !

Sbnrnya aku dah target nak beli tafsir Ibn Katsir. Itu yang aku dah tak pandang buku lain tu.. Naik tingkat dua dan dengan izin Allah, aku bertemu dgn buku tu.. Tajuk buku tu dlm bahasa arab dan aku plk tak pernah tgk cover dpn, kira alhamdulillah bertemu.. aku mane reti bahasa arab.. Alhamdulillah sgt2.. harganya rm123 utk jilid pertama. Aku tinggalkan dulu. Mana tahu jumpa kembar dia ke apa ke…

Memang benar seperti yg diduga !! Mata ini berjaya menangkap kelibat tafsir Imam Shafie yang berupa tiga jilid berharga rm300.. masuklah gerai tuh kjp.. ada jodoh lagi dgn tafsir Ibn Katsir.. kali ini, sekali terjumpa 8 jilid dgn harga yg amat lawa; rm 900 ++ (x berani tanye sbb duit sah-sah tak cukup. Haha) yang bestnye tafsir nih dlm English.. aku cuba utk congak duit yg aku ada skrg.. ternyata hanya ada rm 200 ++.. adeh, aku tak mampu utk memilikimu wahai tafsir !! oleh itu, babai je lah yg mampu aku katakan.. semoga kita ada jodoh…

Membawa hati yg lara, aku menjadikan buku ‘peringatan buat umur insan’ oleh Zulkifli Mohamad al-Bakri sebagai milikku.. buku nih buku hadis.. dia siap bagi penerangan.. oleh kerana menarik, aku pun tanpa segan silu, membawa buku tu ke kaunter dan membayar apa yang patut.. haha.. aku berjaya membeli sebuah buku !! Terhibur sudah hatiku, walaupun sedikit, setelah tidak berjaya menjadikan targetku milikku.. x pe3.. Aku yakin aku akan dapat baca tafsir tuh.. cuma mungkin bkn skrg..

Sbnrnya sebelum aku start search for my target, aku ada beli kamus bahasa melayu - bahasa arab.. sbbnya….. aku jumpa buku nih dulu first2 sekali aku masuk pesta buku… nak tak nak, beli je lah.. utk kegunaan masa depan… hehe.. maksudnya??? X de maksud.. saje nak belajar arab…haha..

Lepas tuh, aku ngan umi naik tingkat 3, jumpa buku2 medic.. adeh, aku x start belajar ag.. mane nak tahu nak beli buku apa.. mencuci mata je lah melihat keindahan cover dpn setiap buku… melihat punya menjeling punya merenung, mataku yg power nih, berjaya mencekup sebuah buku tntg emergency medicine.. aku tahu istilah ‘emergency medicine’ nih dari super senior aku, wktu ceramah kerjaya dulu… sejak mengetahui akan kewujudan bidang nih, aku menjadi begitu tertarik dan ingin sekali berkhidmat di bahagian nih… haha.. InsyaAllah…

Berhenti untuk makan jap.. sedang asyik aku menikmati sandwich cheese yg berharga rm 4 (cekik darah sungguh !!!), dr Fazley melintasi kami.. haha.. oleh kerana, perutku lapar dan kakiku lenguh, maka aku hanya melihat dr Fazley berjalan pergi.. huh, malas aku nk mintak autograph !! kaki sakit nih… aku nih mmg jenis mcm nih.. treat all people equally.. x kira dia tu sape.. so, kalau difikirkan logik akal aku, aku nak mintak autograph dr Fazley nih, prnh x aku mintak autograph peminta sedekah kat tepi jalan tuh??? Kalau aku x prnh mintak dari peminta sedekah so aku x yhlah ngada2 gi mintak dari dr Fazley lak… haha.. sedapnye sandwich nih !!!!

Usai makan, kami (aku, umi, cikgu wan zurina, cikgu syazni) berjalan menuju bas utk meletak segala jenis khazanah buku yg dah kami borong… setelah meletakkan buku2 tuh dalam bas, kami berjalan menuju the Mall.. hahaha.. reasonnye kerana nak spotcheck budak2 rombongan yg umi bwk, manalah tahu kut2 ade yg tersesat ke the Mall.. haha.. hasil spotcheck tu, aku berjaya menculik satu teddy bear saiz kecik.. haha… dpt free la, kat farmasi… haha.. nak dpt teddy bear, syaratnya kena beli dua barang nih.. dahlah teddy bear tu cute… lagipun brg yg aku nak beli tuh susah jumpa.. alang2 dh jumpa barang tuh, belilah dua… haha.. untung dpt teddy bear..

Ha, lupa lak.. on the way nak ke the Mall, berlaku satu insiden yg membuatkan aku malu sendiri.. adeh… citer dia mcm nih, aku nak melintas ke seberang.. so, aku get ready je lah kat bahu jln.. Aku melangkah dua tapak, boleh plk sorang pak cik nie usha pelik.. wt muka terkejut plk dlm kereta.. Dahlah dia bkk tingkap time tuh.. Aku pun dgn spontannya (akibat segan yang teramat), mencari tgn umi dan memegangnya dan mengundurkan diri ke sebelah umi sabil membuat muka comel akibat segan teramat.. haha.. pastuh, pak cik tu sengih.. Aku terpinga-pinga kehairanan.. awat x kena dgn pak cik nih?? adeh… pastu terdetik dlm hati, bknkah kelakuan ini seperti yg aku buat wktu aku 5 tahun dulu??? Adeh… aduh…. X sengaja membuat aksi bdk kecik.. x niat pun.. TERbuat.. Haha.. kpd pak cik tuh, sori sbb menganggu konsentrasi pak cik kat jalan raya dan terima kasih sbb x tekan minyak dan melanggar saya walaupun ketika tuh, traffic light baru bertukar hijau… haha.. di kesempatan ini, saya menyeru kpd semua yg boleh bwk kereta (ada lesen atau tidak) supaya tidak terus menekan minyak walaupun ketika itu traffic light tgh hijau… kasihilah manusia mcm saya.. hahaha…

On the way nak balik semula ke pwtc, hati ini kuat menyuruh saya mencari buku ‘aku terima nikahnya’ tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.. so, dlm kesesakan yg teramat, aku mencari buku tuh.. sekali cari x jumpa, dah terdetik bkn jodoh kut.. sekali toleh belakang, buku tuh tersusun rapi atas meja.. haha.. tergelak aku sendirian.. jodoh kut nih… aku menculiknya tanpa segan silu tapi masih mengekalkan adab2 sopan dan terus membawanya ke kaunter utk membayar wang tebusan.. haha.. dan akhirnya… aku menjadi tuannya !!!

Dah !! cukup bercerita tntg pesta buku.. aku nak citer psl buku ‘Aku terima nikahnya’ pulak..

Yang menariknya psl buku nih (aku x habis baca ag sbnrnya), setakat yg aku baca nih la, penulis (seorg ustaz) sanggup mengahwini seorg doktor… mmg aku akui, nak kahwin dgn doktor nih bnyk risiko.. banyak giler risikonya… maklumlah doktor nih TAK BOLEH dipisahkan dari masyarakat.. Yang aku kagum dgn penulis, cara dia memandang pernikahan itu tujuannya apa… bukan utk menerima bantuan tetapi utk memberi bantuan.. aku kagum !! Dia sanggup MEMBERI bantuan.. dia sanggup MEMAHAMI dan MENERIMA KENYATAAN bahawa isterinya juga sedang berjihad di landasannya…. Dan dia TIDAK MENGHALANGNYA.. hmm.. aku kagum !!!

Seterusnya… aku terbaca ayat nih (aku quote sikit ek) ; “…..maka tidak mustahil utk kekasih anda akan tiba-tiba memberikan signal untuk menamatkan hubungan yang terbina selama ini. Banyak alasan yang boleh diguna pakai..... ‘saya mahu mendekatkan diri kepada Allah’, ‘saya mahu tumpukan perhatian kepada pelajaran yang begitu membebankan sekarang ini’, ‘saya rasa kita sudah tidak ada keserasian lagi’. Hakikatnya semua itu adalah alasan yang dibuat sedangkan sebab sebenarnya ialah ‘saya sudah jemu dengan awak !’ itu sahaja!”

Aku tergelak sendirian.. hahaha.. mana tahu nih.. haha.. mmg betul pun… semuanya hanya alasan tetapi SEBAB clash yg sebenarnya adalah jemu.. kuang3…

Next… yg membuatkan aku berfikir sejenak… (aku quote sikit ek) ; “…..khususnya muslimah, yang terlalu mudah mengambil keputusan memutuskan hubungan semata-mata beralasan terasa ada kesilapan malah dosa yang terselit di celah-celah perkenalannya dengan seorang lelaki muslim yang baik. Jika pernah buat silap, bawalah bertaubat dan bukannya sewenang-wenang membatalkan hubungan………”

Hehe.. x leh batalkan hubungan ek?? Okey3…..

Hmm.. kalau nak tahu lebih lanjut… belilah buku nih… Harga pasaran rm 20.90 kat semenanjung.. tapi kat pesta buku, aku dpt diskaun.. huahua…

Okeylah… aku nak sambung baca buku nih dulu… tata..

*******

Wahai puteri, lihat nun di sana
Islammu kini ketandusan pembela
Bersama sendu mengalir lesu
Tertunggu-tunggu mujaddid baru
Kembangnya kini diulit sepi
Tiada lagi rijaluddin sejati

Wahai puteri, khidmat mu dinanti
Ummah derita, engkau pengubatnya
Kelembutanmu penawar sengsara
Engkau penyeri Islam dan tamannya
Tanganmu bakal menggoncang dunia

Namun ingat puteri,ilmu perlu dicari
Buat bekalan dalam perjuanganmu nanti
Pembimbing diri dari thoghut dibenci
Tuntutlah seikhlas hati
Wahai puteri, kau Muslimah sejati

Teguhkan iman,taqwamu di hati
Taqarrub billah takhta peribadi
Amalmu menjadi bukti
Sabarmu dikagumi, pasrah pada Ilahi
Redha menghadapi mehnah Rabbul Izzati

Usah ditangisi takdir yang sudah pasti
Pengorbananmu kan disanjungi
Puteri solehah, mujahidah, ansarullah
Berbekal iman, sabar, taqwa dan redha
Berilmu, beramal, berkhidmat, berjuang
Berkorban agar Islamkan gemilang
Bersama puteri, Islam takkan sepi
Subur disirami,harum mewangi
Wahai puteri, kau Muslimah sejati

*******

Wajarkah bagi seorang pencinta,
Tidak mengotakan lafaz cintanya?

Wajarkah seorang pencinta,
Lupa untuk bersama dengan yang dicintainya?
Lalai ketika bersama dengan yang dicintainya?

Wajarkah pencinta itu menyemai benih ragu,
Di dalam sanubarinya tentang yang dicintainya?

Wajarkah pencinta itu digelar pencinta??

Andai sahaja pencinta itu ingat,
Bahawa yang dicintainya amat mengasihinya.

Andai sahaja pencinta itu tahu,
Bahawa yang dicintainya memberikan hanya yang terbaik untuknya.

Andai sahaja pencinta itu sedar,
Bahawa yang dicintainya itu sentiasa ada bersamanya.

Aku ingin sekali menjadi pencinta-Mu,
Dalam erti kata pencinta yang sebenarnya,
Ampuni aku atas segala kekhilafanku

Astaghfirullah Al-Azim….

Cintailah Allah dengan sebenar-benar cinta, wahai sahabat !!

*******

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Maha Melindungi menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji Keagungan-Mu, memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

*******

Apabila kau ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan, kau akan menjauhinya

Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya,
kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya

Andai kau inginkan sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya,
kerana apabila dia buntu, kau mungkin akan memfitnahnya

Andai kau inginkan seorang teman, janganlah kerana sifat cerianya,
kerana andai dia tidak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahkannya

Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa

Jangan diharapkan sempurna, kerana kau juga tidak sempurna, tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah..

-Ukhwah Fillah Abadan Abada-

*******

Perkongsian di atas ada yang aku culik dan ada yang datang dari aku sendiri..

Ini sekadar satu perkongsian.. kalau rasa nak culik, culiklah..

Tapi x leh copy masuk words, korang terpaksa salin semula..

Hehe…

Yang benar;
Pemilik blog -ezz-

BismillahiRahmaniRahim