Hatiku melonjak kegembiraan. Jelas terlakar satu senyuman di wajahku. Pencintamu ini datang untuk menjadikanmu miliknya !! Ayuh, tunjukkan dirimu ! Agar aku jelas dgn keadaan dirimu. Duit beratus ringgit telah ku sediakan, semata-mata untuk menjadikan kau milikku. Tak sabar rasanya hatiku untuk memilikimu. Ketahuilah wahai cintaku, mataku tak lena diulit kesesakan jalan raya dan kesyahduan lagu berirama sepanjang perjalanan ke tempatmu. Betapa aku tidak sabar untuk menemuimu !!

Sebaik kaki menjejak lantai, aku rasa terharu ! Aku masih bernyawa hingga ke detik ini.. Alhamdulillah Ya Allah !! Sesi menangkap gambar bersama rombonganku di hadapan bangunan yang menyimpanmu. Yea, aku dtg bersama satu rombongan semata-mata untuk memilikimu !! Aku pecah masuk pintu utama bersama rombonganku. Nasib baik tiada bodyguard yang menghalau kami. Aku menuruni tangga. Tak dapat aku ceritakan betapa terujanya hati ini ! Aku kehairanan sejenak. Mengapa tiada paluan kompang? red carpet? Jauh sekali bunga manggar?? Tahukah kamu, pencintamu ini sudah hadir di sini???

“Selamat datang ke pesta buku dik. Adik belilah buku nie. Bagus untuk communication skill especially in English. Buku ini banyak membantu……..”

Adeh.. serius, korg fikir apa?? haha.. aku pencinta buku !! Salah ke ayat aku kat atas nih? Haha.. x salah kan??

Baru balik dari pwtc nih.. penat weh.. Alhamdulillah kaki tak melecet.. jauh aku berjalan.. tapi aku ok !! Banyak giler buku kat sini.. tapi….. ntah kenapa kali nih, aku tak rambang mata. Dan yang paling buat aku terkejut, aku hanya membeli 3 buah buku sahaja.. Akhirnya aku berjaya mengawal nafsuku utk berbelanja !! haha.. Alhamdulillah !

Sbnrnya aku dah target nak beli tafsir Ibn Katsir. Itu yang aku dah tak pandang buku lain tu.. Naik tingkat dua dan dengan izin Allah, aku bertemu dgn buku tu.. Tajuk buku tu dlm bahasa arab dan aku plk tak pernah tgk cover dpn, kira alhamdulillah bertemu.. aku mane reti bahasa arab.. Alhamdulillah sgt2.. harganya rm123 utk jilid pertama. Aku tinggalkan dulu. Mana tahu jumpa kembar dia ke apa ke…

Memang benar seperti yg diduga !! Mata ini berjaya menangkap kelibat tafsir Imam Shafie yang berupa tiga jilid berharga rm300.. masuklah gerai tuh kjp.. ada jodoh lagi dgn tafsir Ibn Katsir.. kali ini, sekali terjumpa 8 jilid dgn harga yg amat lawa; rm 900 ++ (x berani tanye sbb duit sah-sah tak cukup. Haha) yang bestnye tafsir nih dlm English.. aku cuba utk congak duit yg aku ada skrg.. ternyata hanya ada rm 200 ++.. adeh, aku tak mampu utk memilikimu wahai tafsir !! oleh itu, babai je lah yg mampu aku katakan.. semoga kita ada jodoh…

Membawa hati yg lara, aku menjadikan buku ‘peringatan buat umur insan’ oleh Zulkifli Mohamad al-Bakri sebagai milikku.. buku nih buku hadis.. dia siap bagi penerangan.. oleh kerana menarik, aku pun tanpa segan silu, membawa buku tu ke kaunter dan membayar apa yang patut.. haha.. aku berjaya membeli sebuah buku !! Terhibur sudah hatiku, walaupun sedikit, setelah tidak berjaya menjadikan targetku milikku.. x pe3.. Aku yakin aku akan dapat baca tafsir tuh.. cuma mungkin bkn skrg..

Sbnrnya sebelum aku start search for my target, aku ada beli kamus bahasa melayu - bahasa arab.. sbbnya….. aku jumpa buku nih dulu first2 sekali aku masuk pesta buku… nak tak nak, beli je lah.. utk kegunaan masa depan… hehe.. maksudnya??? X de maksud.. saje nak belajar arab…haha..

Lepas tuh, aku ngan umi naik tingkat 3, jumpa buku2 medic.. adeh, aku x start belajar ag.. mane nak tahu nak beli buku apa.. mencuci mata je lah melihat keindahan cover dpn setiap buku… melihat punya menjeling punya merenung, mataku yg power nih, berjaya mencekup sebuah buku tntg emergency medicine.. aku tahu istilah ‘emergency medicine’ nih dari super senior aku, wktu ceramah kerjaya dulu… sejak mengetahui akan kewujudan bidang nih, aku menjadi begitu tertarik dan ingin sekali berkhidmat di bahagian nih… haha.. InsyaAllah…

Berhenti untuk makan jap.. sedang asyik aku menikmati sandwich cheese yg berharga rm 4 (cekik darah sungguh !!!), dr Fazley melintasi kami.. haha.. oleh kerana, perutku lapar dan kakiku lenguh, maka aku hanya melihat dr Fazley berjalan pergi.. huh, malas aku nk mintak autograph !! kaki sakit nih… aku nih mmg jenis mcm nih.. treat all people equally.. x kira dia tu sape.. so, kalau difikirkan logik akal aku, aku nak mintak autograph dr Fazley nih, prnh x aku mintak autograph peminta sedekah kat tepi jalan tuh??? Kalau aku x prnh mintak dari peminta sedekah so aku x yhlah ngada2 gi mintak dari dr Fazley lak… haha.. sedapnye sandwich nih !!!!

Usai makan, kami (aku, umi, cikgu wan zurina, cikgu syazni) berjalan menuju bas utk meletak segala jenis khazanah buku yg dah kami borong… setelah meletakkan buku2 tuh dalam bas, kami berjalan menuju the Mall.. hahaha.. reasonnye kerana nak spotcheck budak2 rombongan yg umi bwk, manalah tahu kut2 ade yg tersesat ke the Mall.. haha.. hasil spotcheck tu, aku berjaya menculik satu teddy bear saiz kecik.. haha… dpt free la, kat farmasi… haha.. nak dpt teddy bear, syaratnya kena beli dua barang nih.. dahlah teddy bear tu cute… lagipun brg yg aku nak beli tuh susah jumpa.. alang2 dh jumpa barang tuh, belilah dua… haha.. untung dpt teddy bear..

Ha, lupa lak.. on the way nak ke the Mall, berlaku satu insiden yg membuatkan aku malu sendiri.. adeh… citer dia mcm nih, aku nak melintas ke seberang.. so, aku get ready je lah kat bahu jln.. Aku melangkah dua tapak, boleh plk sorang pak cik nie usha pelik.. wt muka terkejut plk dlm kereta.. Dahlah dia bkk tingkap time tuh.. Aku pun dgn spontannya (akibat segan yang teramat), mencari tgn umi dan memegangnya dan mengundurkan diri ke sebelah umi sabil membuat muka comel akibat segan teramat.. haha.. pastuh, pak cik tu sengih.. Aku terpinga-pinga kehairanan.. awat x kena dgn pak cik nih?? adeh… pastu terdetik dlm hati, bknkah kelakuan ini seperti yg aku buat wktu aku 5 tahun dulu??? Adeh… aduh…. X sengaja membuat aksi bdk kecik.. x niat pun.. TERbuat.. Haha.. kpd pak cik tuh, sori sbb menganggu konsentrasi pak cik kat jalan raya dan terima kasih sbb x tekan minyak dan melanggar saya walaupun ketika tuh, traffic light baru bertukar hijau… haha.. di kesempatan ini, saya menyeru kpd semua yg boleh bwk kereta (ada lesen atau tidak) supaya tidak terus menekan minyak walaupun ketika itu traffic light tgh hijau… kasihilah manusia mcm saya.. hahaha…

On the way nak balik semula ke pwtc, hati ini kuat menyuruh saya mencari buku ‘aku terima nikahnya’ tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.. so, dlm kesesakan yg teramat, aku mencari buku tuh.. sekali cari x jumpa, dah terdetik bkn jodoh kut.. sekali toleh belakang, buku tuh tersusun rapi atas meja.. haha.. tergelak aku sendirian.. jodoh kut nih… aku menculiknya tanpa segan silu tapi masih mengekalkan adab2 sopan dan terus membawanya ke kaunter utk membayar wang tebusan.. haha.. dan akhirnya… aku menjadi tuannya !!!

Dah !! cukup bercerita tntg pesta buku.. aku nak citer psl buku ‘Aku terima nikahnya’ pulak..

Yang menariknya psl buku nih (aku x habis baca ag sbnrnya), setakat yg aku baca nih la, penulis (seorg ustaz) sanggup mengahwini seorg doktor… mmg aku akui, nak kahwin dgn doktor nih bnyk risiko.. banyak giler risikonya… maklumlah doktor nih TAK BOLEH dipisahkan dari masyarakat.. Yang aku kagum dgn penulis, cara dia memandang pernikahan itu tujuannya apa… bukan utk menerima bantuan tetapi utk memberi bantuan.. aku kagum !! Dia sanggup MEMBERI bantuan.. dia sanggup MEMAHAMI dan MENERIMA KENYATAAN bahawa isterinya juga sedang berjihad di landasannya…. Dan dia TIDAK MENGHALANGNYA.. hmm.. aku kagum !!!

Seterusnya… aku terbaca ayat nih (aku quote sikit ek) ; “…..maka tidak mustahil utk kekasih anda akan tiba-tiba memberikan signal untuk menamatkan hubungan yang terbina selama ini. Banyak alasan yang boleh diguna pakai..... ‘saya mahu mendekatkan diri kepada Allah’, ‘saya mahu tumpukan perhatian kepada pelajaran yang begitu membebankan sekarang ini’, ‘saya rasa kita sudah tidak ada keserasian lagi’. Hakikatnya semua itu adalah alasan yang dibuat sedangkan sebab sebenarnya ialah ‘saya sudah jemu dengan awak !’ itu sahaja!”

Aku tergelak sendirian.. hahaha.. mana tahu nih.. haha.. mmg betul pun… semuanya hanya alasan tetapi SEBAB clash yg sebenarnya adalah jemu.. kuang3…

Next… yg membuatkan aku berfikir sejenak… (aku quote sikit ek) ; “…..khususnya muslimah, yang terlalu mudah mengambil keputusan memutuskan hubungan semata-mata beralasan terasa ada kesilapan malah dosa yang terselit di celah-celah perkenalannya dengan seorang lelaki muslim yang baik. Jika pernah buat silap, bawalah bertaubat dan bukannya sewenang-wenang membatalkan hubungan………”

Hehe.. x leh batalkan hubungan ek?? Okey3…..

Hmm.. kalau nak tahu lebih lanjut… belilah buku nih… Harga pasaran rm 20.90 kat semenanjung.. tapi kat pesta buku, aku dpt diskaun.. huahua…

Okeylah… aku nak sambung baca buku nih dulu… tata..

*******

Wahai puteri, lihat nun di sana
Islammu kini ketandusan pembela
Bersama sendu mengalir lesu
Tertunggu-tunggu mujaddid baru
Kembangnya kini diulit sepi
Tiada lagi rijaluddin sejati

Wahai puteri, khidmat mu dinanti
Ummah derita, engkau pengubatnya
Kelembutanmu penawar sengsara
Engkau penyeri Islam dan tamannya
Tanganmu bakal menggoncang dunia

Namun ingat puteri,ilmu perlu dicari
Buat bekalan dalam perjuanganmu nanti
Pembimbing diri dari thoghut dibenci
Tuntutlah seikhlas hati
Wahai puteri, kau Muslimah sejati

Teguhkan iman,taqwamu di hati
Taqarrub billah takhta peribadi
Amalmu menjadi bukti
Sabarmu dikagumi, pasrah pada Ilahi
Redha menghadapi mehnah Rabbul Izzati

Usah ditangisi takdir yang sudah pasti
Pengorbananmu kan disanjungi
Puteri solehah, mujahidah, ansarullah
Berbekal iman, sabar, taqwa dan redha
Berilmu, beramal, berkhidmat, berjuang
Berkorban agar Islamkan gemilang
Bersama puteri, Islam takkan sepi
Subur disirami,harum mewangi
Wahai puteri, kau Muslimah sejati

*******

Wajarkah bagi seorang pencinta,
Tidak mengotakan lafaz cintanya?

Wajarkah seorang pencinta,
Lupa untuk bersama dengan yang dicintainya?
Lalai ketika bersama dengan yang dicintainya?

Wajarkah pencinta itu menyemai benih ragu,
Di dalam sanubarinya tentang yang dicintainya?

Wajarkah pencinta itu digelar pencinta??

Andai sahaja pencinta itu ingat,
Bahawa yang dicintainya amat mengasihinya.

Andai sahaja pencinta itu tahu,
Bahawa yang dicintainya memberikan hanya yang terbaik untuknya.

Andai sahaja pencinta itu sedar,
Bahawa yang dicintainya itu sentiasa ada bersamanya.

Aku ingin sekali menjadi pencinta-Mu,
Dalam erti kata pencinta yang sebenarnya,
Ampuni aku atas segala kekhilafanku

Astaghfirullah Al-Azim….

Cintailah Allah dengan sebenar-benar cinta, wahai sahabat !!

*******

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Maha Melindungi menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji Keagungan-Mu, memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

*******

Apabila kau ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan, kau akan menjauhinya

Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya,
kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya

Andai kau inginkan sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya,
kerana apabila dia buntu, kau mungkin akan memfitnahnya

Andai kau inginkan seorang teman, janganlah kerana sifat cerianya,
kerana andai dia tidak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahkannya

Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa

Jangan diharapkan sempurna, kerana kau juga tidak sempurna, tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah..

-Ukhwah Fillah Abadan Abada-

*******

Perkongsian di atas ada yang aku culik dan ada yang datang dari aku sendiri..

Ini sekadar satu perkongsian.. kalau rasa nak culik, culiklah..

Tapi x leh copy masuk words, korang terpaksa salin semula..

Hehe…

Yang benar;
Pemilik blog -ezz-

Assalamualaikum..

Apa khabar?? Ada sihat?? Alhamdulillah (x kira lah tgh sakit ke tgh sihat ke, KENA jgk ckp Alhamdulillah. Ada ngerti kamu?? Wah, aku speaking indon)..

Okey2..

Tarik nafas…. Lps habis baca entry blog nie baru hembus nafas balik.. boleh2?? kuang3.. hehe.. sian aku tgk.. yea2, hembus lah… brnafas cm biasa… nnt aku dipersalahkan pulak…

Hmmm..

Nak citer psl apa yea??

Ha.. citer psl aku la… (mencapub sekali sekala)

Amik quiz personality korg kat sini

Nie result aq.. wah, berdebar nih… mcm mane sbnrnye aq nih yea… let’s dig it!!

Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

= hmm… kalau tanye aku psl pandangan aku terhadap diri aku; aku akan jwb ‘saya merupakan manusia yg paling x suka buat org meluat dgn saya. Kalau ada manusia yg meluat dgn saya maknanye manusia tu ade prob, bukannye saya yg prob.’ Haha… gurau aje sih.. jgn amik serius..

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.

= hahaha.. romantik ke aku?? Uwek3.. apala… x menjwb soklan depa nih… x pe2.. aku jwbkn.. jenis bf yg aku cari selama nih ialah jenis yg mencintai Allah… amacam?? Ade terjumpa mane2 x??

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

= hmmm.. buat masa nih, fokus bab ilmu dulu.. jodoh dtg x dijemput dan x diundang tetapi sentiasa dialu-alukan.. ahakz.. ala.. kalau jodoh x ke mana.. dah sampai seru nnt InsyaAllah aku dh ready dh…

The seriousness of your love:

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?

= aku x serius!!! Wawa.. aku serius la berkwn tapi kalau nak lebih dari kwn tuh, haha, sori, aku x serius buat masa skrg… wah, mengodakah aku?? Uwek3… Pesanan utk semua; jgn biarkan hati kamu wahai lelaki2 akhir zaman dipanah anak panah syaitan!! Jaga iman kamu!!

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

= hmm.. betul3 (upin ipin).. hehe… ilmu penting la.. x de ilmu, org x pandang…

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

= aku praktikal?? Hmmm… aku x perasan kut.. maybe yes maybe not.. kdg2 dlm hidup nih, x leh terlalu bnyk kejutan… haha.. nape ezz?? Takut??? Haha.. bile masa aku takut.. bring it on!! I’m ready for anything!!!

Hehe.. aku akui mmg kita kena ade sumber kewangan yg kukuh dan stabil.. aku boleh je ckp aku x perlukan duit tapi realitinya ialah semua perlukan duit.. nak x nak aku terpaksa menjadikan duit satu keperluan aku.. haha.. fhm x?? so, ada bnrnye apa yg disebutkan di atas.. hehe..

How do you view success:

You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed. Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous.

= hehe.. tibe2 depa bagi semangat.. huh, semmgnya aku takut giler kalau aku x mampu capai apa yg aku nak.. tapi nevermind.. I will go on and on… (wah, mcm titanic pulak)

What are you most afraid of:

You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.

= berdikari itu penting!! Kalau aku ada masalah, tahulah aku nak rujuk Siapa… sape kata aku x leh jaga diri sendiri??? Boleh aje.. just bagi aku peluang dan ruang utk aku buktikannya.. perlu ke aku jwb soklan nih?? X kn x tahu aku paling takut apa… Aku paling takut Allah la.. sadis la korg nih..

Who is your true self:

You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long.

= haha… bagusnye depa nih.. x yh aku susah2 fikir ayat.. aku pun bersetuju dgn pendapat di atas… tapi pembetulan sedikit je; aku sentiasa COOL.. ahakz… aku marah kejap je, don’t worry..

YEA!!!

Hari nie birthday org tuh… yea… tepuk tgn.. hurray!!! Dia dh bertambah tua!!! Huahua….

Budak yg dimaksudkan ialah………… (drumroll please)……… (ala, wt la bunyi cm mane pun)…………………………. teng teng teng……… diam semua………………………………. Budak yg baru menginjak umur 9 tahun utk tahun 2009 ini ialah………………………………………………………….. NINI !!!

Haha.. apa da aku nie..

Firstly, aku nak mintak maaf pada adik aku nie.. tadi aku wt birthday card utk dia.. entah, tergerak hati nak wt tibe2.. nak dijadikan cerita, aku tersilap buat.. bkn setakat adik aku je, aku pun kena pusing kad tu utk memahami apa yg aku tulis… hoho.. ampun maaf, x sengaja.. nasib kau la dpt kakak sengal mcm aku…

Tapi card tu still cun kan?? Berwarna-warni khas utk kanak2 berumur 9 tahun… hoho… Ikhlas dari kakak kau yg sorg nie…. Hehe… sila tayang di depan pintu rumah yea.. biar satu kawasan perumahan tahu…. Hahahaha.. tapi.. jgn bagitau kakak yg wt card tuh… nnt ramai peminat… susah hidup !!! haha.. perasan sungguh kakak kau nih…

Dah… dah la tuh gelaknye… ikan kat atas tu dh pandang pelik dah… oittt… jgn pancung ikan2 aku tuh kalau yea pun korg tgh berfikiran kejam skrg nih…. Relaks2…

Hmmmm….

Sebagai seorg kakak yg baik hati dan cekap di samping suka menyibuk, (hoho) aku nak ckp yg; kamu adalah milik Allah.. Hati nini adalah milik Allah dan akak x kan wt apa jua bnda yg boleh menyakitkan hati itu.. badan nini adalah milik Allah so akak x kn pukul nini.. kerana akak menghormati nini sebagai hamba ciptaan Allah..

Sebagai seorg kakak, akak amat sedih tgk perangai nini.. maaf tapi akak kena tegur.. hidup ini x semudah yg nini sangka.. hidup ini, insyaAllah, selamat tapi ia x mudah.. ia berliku, silap langkah mungkin kaki terseliuh.. (sekadar metafora).. dan akak x mahu tgk nini tewas.. geram tgk nini wt perangai menyakitkan hati org lain.. kena ingat org lain pun ada perasaan.. dan peluang utk menyembuhkan hati org x dtg bnyk kali.. manfaatkan peluang yg ada...

Cemburu dan dengki adalah dua perkara yg amat berbeza.. bezakan dua perkara ini dan jauhkan diri nini dari dengki.. sape kata hidup ini senang? ubah perangai sedikit demi sedikit.. jgn fikir kita boleh hidup sorg2 atas dunia nih.. jgn terlalu sombong dan jgn ikut hati je.. maaf tapi ntah, kalau akak ckp face-to-face pun, nini wt dek je kn? lagi bertambah bengkak hati kakak.. so, biarlah akak luahkn kat sini je..

Nini, akak x boleh jamin yg akak akan selalu ada utk membela dan menjaga nini.. kerana apa?? kerana akak cuma manusia biasa.. jalan kita berdua berbeza tapi kita ditakdirkan menjadi adik beradik dan tujuan akhir kita adalah Allah... akak serahkn pada Allah bgaimana Dia mahu mentarbiah nini..

Jgn salah anggap, selama nih akak x prnh nak adik2 akak jadi mcm akak.. cukuplah sekadar jadi diri sendiri.. akak tahu akak x layak jadi role model dan akak x mintak pun dijadikan role model.. so, x yh bangga sgt ada akak nih... cukuplah sekadar nnt bile dibangkitkan, nini dibangkitkan di sisi Rasulullah..

tinggi harapan akak.. tapi itulah yg akak selalu doa.. akak cume manusia biasa yg x lps dari perasaan marah dan akak juga faham nini juga manusia biasa yg x lps dari kesilapan menyakiti hati yg lain... nini masih muda tapi x bermakna nini x fhm apa yg akak tulis nih..

hmm.. susah sgt ke nak buat apa yg akak mintak?? jgn sakitkan hati org.. jaga hati org.. biarlah org x reti jaga hati kita.. kita teruskan je jaga hati org.. sbb apa?? sbb kita manusia hipokrit?? haha.. x.. sbb Allah akan menjaga hati kita... bukankah itu yg terbaik??

Akhirat itu pasti dan syurga neraka itu wujud.. kat atas dunia nie pun, akak x sanggup tgk nini terseksa, jadi apa yg membuatkan nini terfikir yg akak akan sanggup melihat nini diseksa di akhirat?? akak sayang tapi kasih syg Allah itu lebih lagi... Cari Allah.. Hanya Dia yg boleh tolong nini nnt..

okey... dahlah.. malas nak menaip lagi... mata bengkak.. hehe.. berubahlah ke arah yg lebih baik.. Harapan akak nih.. akak tahu akak hidup dah x lama.. just don't lose direction, k.. tujuan kita Allah.. and that's all matter..

Last but not least, HEPI BIRTHDAY!!!! Semoga berada dalam redha Allah sentiasa.. AMIN…

Assalamualaikum…

We were both young when I first saw you
I close my eyes
And the flashback starts
I'm standing there
On a balcony in summer air

See the lights
See the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd
And say hello, little did I know

That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said stay away from Juliet
And I was crying on the staircase
Begging you please don't go, and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

So I sneak out to the garden to see you
We keep quiet 'cause we're dead if they knew
So close your eyes
Escape this town for a little while

'Cause you were Romeo, I was a scarlet letter
And my daddy said stay away from Juliet
But you were everything to me
I was begging you please don't go and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

Romeo save me, they try to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story baby just say yes
Oh oh

I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading
When I met you on the outskirts of town, and I said

Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in thy head? I don't know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring

And said, marry me Juliet
You'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story baby just say yes

Oh, oh, oh, oh
'Cause we were both young when I first saw you


Love Story - Taylor Swift

Hehe.. tibe2 love story…

Saje je…

Peace

Assalamualaikum..

Huh, tumit kaki aku yg prnh dijahit dulu masih lagi berdenyut sampai sekarang!!

Dah x nmpk bekas jahitan tapi denyutan masih terasa…. Dah berdenyut tu sakit lah…. sabar je lah.. x boleh nak wt ape pun, kena tunggu sampai dia berhenti berdenyut sendiri…

Anyway… aku nak menulis sebuah cerita… tetibe ade mood nak mengarang cerita…. Enjoy je lah… kita tgk sejauh mana imaginasi aku nak terbang….

******************
Assalamualaikum..
Aku ke yang bersalah?? Adakah menyukai dirimu merupakan satu kesalahan?? Adakah rasa ingin menjadikan kau milikku satu kesalahan, wahai Nurul Sakinah Wardah?? Kenapa kau menjauhkan diri dari aku? Apa salahku? Kenapa beri aku harapan? Mengapa begitu kuat kau ‘menolak’ aku? Apa salahku?? Kenapa kau lakukan aku sebegini? Kamu kata aku layak mendapat perempuan yg lebih baik dari kamu TAPI apa yg special sgt aku nie sampai layak mendapat wanita lebih baik dari kamu?? Please, terima aku.. kapel lah dgn aku.. aku sayang kamu dan aku sanggup tunggu walau seberapa lama pun waktu berlalu. Apa salahku??
Dari Helmi.

Nota kecil yg terselit di dlm buku notanya dibaca dgn teliti. Lantas air matanya jatuh setitik demi setitik. Apa yg harus aku balas nie? Aku sudah menjadi fitnah bagi dirinya. Syaitan sudah berjaya memanah imannya dgn menggunakan aku. Ampuni aku, Ya Allah.

Assalamualaikum Helmi,
Aku menerima satu nota kecil daripadamu. Aku sertakan nota kecil itu sekali bersama dgn surat ini. Aku berharap sgt2 ini adalah kali terakhir aku menulis surat untukmu. Aku berharap surat ini berjaya menjawab segala persoalan yg membelenggu di benakmu itu.

Ya, kamu yg bersalah. Kamu bersalah kerana membiarkan syaitan mengambil kesempatan ke atasmu. Maafkan aku, tapi, bagaimana kamu berani menyukai aku bilamana kamu masih belum dpt mencintai Allah?

Jika benar kamu mencintai Allah, di mana kamu pada setiap kali jemaah solat fardhu di surau? Aku tidak memaksa tetapi itu sunnah nabi. Aku mencintai mereka yg bersungguh menghidupkan sunnah nabi, lebih2 lagi di akhir zaman ini. Jika benar kamu mencintai Allah, mengapa tidak kamu penuhi setiap degup jantungmu dgn zikrullah? Bukankah lelaki yg baik untuk perempuan yg baik? Aku cuba merubah diriku menjadi lebih baik tetapi mengapa kau tidak melakukan hal yg serupa? Berani kamu cuba untuk menjadikan aku bahan bakar api neraka!! Amat ‘tulus’ sayang yg kau cuba berikan. Terima kasih tapi aku tidak memerlukan cinta yg murah itu.

Maafkan aku jika surat ini bernada provokasi yg amat. Aku tidak pernah memberikan kau harapan. Cuba ingat kembali. Aku menganggap kamu sebagai sahabat. Aku tidak pernah berniat utk menggetarkan hati dan imanmu. Baiklah. Aku rela menjauhkan diri darimu. Tapi tak bermakna silaturahim ini terputus. Silaturahim ini tidak boleh diputuskan sesuai dgn seruan Allah dan kekasih-Nya, Rasulullah SAW. Kau bebas utk menegur aku, tapi, aku pohon, berbual dgn aku hanya mengenai hal yg penting; hal yg berkaitan agama.

Ketahuilah, azab Allah itu seksa. Kau mahu melihat aku merana di Akhirat kelak? Kau rela membenarkan api Neraka itu menjilat aku? Sanggupkah kau? Aku tidak mahu berada dlm murka-Nya! Please, jgn humbankan aku dlm gaung yg hina! Kalau kau nak sangat termasuk dlm murka-Nya, masuklah sorg2. Tak usah kau tarik yg lain.

Sekali lagi, aku mohon maaf. Ayatku agak kasar untuk kau telan. Allah suruh jgn hampiri zina. Zina pulak boleh terbahagi kpd beberapa bahagian. Zina yg paling kerap berlaku adalah zina hati. Aku tidak mahu menjadi penyebab kau menanggung dosa zina hati. Aku mintak maaf tapi aku tak sanggup menjerumuskan kau ke dlm neraka. Kau adalah sahabatku dan selamanya kau akan kekal sebagai sahabatku. Persahabatan ini bukan milik aku mahupun milik kau, tetapi persahabatan ini adalah milik Allah. Apa kau tidak sedar?? Bersyukurlah padanya kerana diberikan ruang oleh-Nya utk membetulkan diri kau.

Lagi satu, apa kamu fikir hati kamu itu milik kamu? Tidak sahabatku. Hati itu adalah milik Allah. Serahkanlah hatimu itu kepada Allah kerana Dialah yg paling layak utk memegang hati kamu. Tidak perlu kau serahkannya kepada wanita. Allah sendiri akan menjodohkan kamu dgn wanita yg sepadan dgnmu. Yakinlah dgn Allah, sahabatku!

Perasaan yg kau rasa skrg ini hanya sekadar mainan syaitan dan nafsu. Berjihadlah kamu dalam menentang nafsumu sendiri. Siapa kata jalan jihad itu senang? Jalan jihad amat payah dan sukar. Hanya manusia yg diberikan petunjuk je akan berjaya dalam perjuangan ini. Aku doakan kau berjaya.

Sudahlah sahabat. Kecewa yg kau rasakan skrg tidak sehebat kecewanya Allah padamu. Kembalilah kepadanya. Sesungguhnya rahmat Allah mendahului murka Allah. Aku doakan agar kita akan berjaya dalam perjuangan ini.

Aku amat berharap kau berjaya mengangkat martabat Islam ke tempat yg sepatutnya. Ini bkn masanya kau membiarkan syaitan melemahkan kau. Ini masanya utk kau menguatkan iman kau. Jgn kau tewas!!

Daripada Nurul Sakinah Wardah.

*********************
Wah, selesai sudah aku mengarang. Hmmm, amik yg baik, betulkan yg khilaf. Nama yg digunakan tidak ada kena mengena dgn mana2 manusia atas muka bumi nie.

Assalamualaikum…

Lama rasanya aku membiarkan blog nie… Cian deh… hehe.. oleh itu, hari nie, aku menulis la cket.. merajin-rajinkan diri yg sbnrnya x de mood nie…

Bukannya apa, aku keliru sedikit dgn hidup nie.. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Betul x statement nie?? So, nak dijadikan cerita, aku bknnya nak jadi anak derhaka sgt pun. Aku malas nak menyusahkan ibu bapa aku sndiri…

Bagi aku, kita boleh berjihad di mana2… kat Malaysia pun boleh, iye x?

Inilah pandangan aku…

Tapi……

Kenapa aku sering terjumpa ayat2 Allah yg memberatkan hati aku utk ke tanah sebelah sana? Setiap kali aku pohon diberikan petunjuk, setiap kali itu jugaklah hati aku mengarah ke tanah sebelah sana, dan setiap kali itu jugaklah aku menangis.. Hebat dugaan-Mu, Ya Allah……

Kau tahu hati ini bagaimana Ya Rabb…. Kau tahu aku x sanggup menyusahkan org yg aku syg dan Kau juga amat tahu aku sanggup berjihad di jln-Mu…. Apa jalanku sbnrnya Ya Allah…

Dan dlm situasi inilah, syaitan memainkan peranan.. mmg ko durjana, Azazil!!! Ko cuba menumbuhkan pohon syak wasangka terhadap takdir Allah dlm hatiku..

Ketahuilah, aku ENGGAN berpaling dari Tuhanku!!!!

Yea, biar apa pun dugaan-Nya, aku tetap TIDAK AKAN PERNAH berpaling dari Tuhanku…

Okey… cool, relax, tarik nafas, hembus nafas…. Sambung citer balik…

So….. aku keliru skrg nie… kalau kata aku terlalu memntingkan diri, tolonglah, TOLONGLAH SGT2, tunjukkan jln agar aku x menyusahkan org …. Kalau x mau tunjuk, suluh pun jadilah…

Hmmm.. skrg nie, aku x tau nak amik keputusan apa… sbnrnya aku x nmpk dgn jelas pun pilihan yg aku ada… kalau ikutkan hati, aku x mahu fikir bnyk sgt.. duk diam2 sudahlah… tapi…. aku x boleh give up dpn Allah.. Allah tgh uji aku skrg nie…

Aku, wktu nie, tgh sabar.. Allah Mendengar dan aku tahu Allah x kn membiarkan mana2 makhluk ciptaan-Nya mnjalani hidup ini tnpa Dia yg menemani.. hmmmm… ingat nak mintak dibayar dulu rm 500 tu, kalau x dpt tmpat di U terbabit, rm 500 tu boleh dituntut balik… kalau aku diterima belajar di U tersebut, maka mungkin itu jalanku….

jap3... kalau fikir balik... andai aku dpt, there is no turning back.... hmmmm... Ya Allah......

Permudahkanlah urusan hamba-Mu…..


Menangislah Di Bahuku - Firdaus

kau datang padaku seperti biasa
kusambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyum seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza

kau hanya diam seribu bahasa
hanya matamu yang cuba berbicara
bahwa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa berderailah air mata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah
kadang manusia terlalu sombong untuk menangis
lalu untuk apa air mata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah
dibahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna aku adalah sahabatmu

menangislah
menangislah

mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa berderailah air mata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah
kadang manusia terlalu sombong untuk menangis
lalu untuk apa air mata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah
dibahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna aku adalah sahabatmu

menangislah
menangislah

*************
hmmm…
sorie ek entry kali nie bersifat sentimental…

ntah la.. x tau..
rasa nak nangis..
alang2 nak nangis, jom la nangis ramai2 kn???

Sori..

Ada yang menangis, yang perlukan seseorang disampingnya utk menenangkannya
Ada yang menangis, yang lebih sukakan bersendirian dan tidak suka diganggu
Ada yang menangis, yang perlu diberi sedikit masa sebelum ditanya
Ada yang menangis dan mempamerkannya,serta meluahkan agar diketahui apa yg dirasainya
Ada yang menangis dalam diam.. sedaya mungkin disembunyikan
Ada yang menangis tanpa disedari
Ada yang menangis agar disimpati
Ada yang menangis kerna disakiti
Ada yang menangis kerna bersedih hati
Ada yang menangis tanpa sebab
Ada juga yg menangis dlm senyuman….

Menangislah… menangis bkn bererti kita lemah atau x reda dgn ketentuan Allah..
Kita menangis kerana itulah fitrah kita…
Menangislah………………………………..

Mungkin dgn menangis akan membuatkan kita lebih memahami takdir yg Allah telah tentukan untuk kita…………..

hmmm...

aku prnh bace nie wktu form 5....

to be frank, aku dh berubah dh sebelum aku jumpe bnda nie ag..

cume.....

bile aku baca bnda nie.... aku rasa mcm 'betul la apa yg aku buat selama nie'... memberikan aku keyakinan yg aku tgh buat bnda yg betul..

huh.... moga hati aku akan sentiasa tenang..

terima kasih kpd yg buat komik nie... melegakan hati aku...

so... aku share kat sini..

semoga ade manfaatnye..
dan semoga korg diberi kekuatan...

-AMIN-

enjoy yo...

download komik nie kat http://www.mediafire.com/?yjywnmqzj1n

weh, x rugi...
download dan baca k...



Yea.. selamat pagi murid2…. (wah, aku perasan jadi cikgu tadika plk)

Hem hemm (berdehem utk mintak perhatian)

Hari nie, saya (eh, kenalah guna ‘saya’ dgn bocah2 kecik) nak ceritakan sebuah kisah….
Nak dgr x???

(ada sambutan… membuatkan aku rasa MySpace hehe..)

baiklah!! dgr dgn teliti...

Ada seorg manusia nie bertemu dgn syaitan di waktu Subuh. Nak dipendekkan cerita, mereka sepakat utk mengikat tali persahabatan. Ketika waktu Subuh berakhir dan manusia itu masih tidak mengerjakan solat Subuh, syaitan itu pun tersengih mcm kerang busuk sambil mengumam, ‘org ini mmg boleh dijadikan sahabatku’.

Begitu juga ketika waktu Zohor, manusia ini masih tidak mengerjakan solat. Syaitan pun, apa lagi, tersenyum lebar sambil berkata, ‘rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nnt’.

Apabila waktu Asar hampir habis, syaitan mulai terdiam, melihatkan temannya ini masih asyik dgn kegiatannya.

Kemudian ketika dtg waktu Maghrib, syaitan sudah mulai gelisah dan senyumnya sudah berubah kecut, kerana ternyata temannya itu masih belum solat. Dari wajah syaitan itu jelas kelihatan dia sedang mengingat-ingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihat temannya itu tidak mengerjakan solat Isyak maka dia menjadi amatlah panik….

Syaitan sebenarnya tidak berupaya menahan diri lagi. Dia pun menghampiri temannya itu sambil berkata dgn penuh ketakutan, ‘wahai teman, aku terpaksa memutuskan persahabatan ini’.

Terpinga-pinga manusia tadi. Dgn penuh kehairanan, manusia itu bertanya, ‘kenapa engkau engkar janji? Bukankah baru pagi tadi kita berjanji menjadi sahabat?’

Syaitan menjawab, ‘AKU TAKUT!!! Nenek moyangku dulu hanya SEKALI melanggar perintah Allah; iaitu ketika menolak utk sujud kpd Adam, telah dilaknat-Nya. Apalah lagi dgn kau yg hari ini sahaja aku telah saksikan LIMA kali kau membangkang utk sujud pada-Nya. Tak terbayang olehku betapa murkanya Allah padamu’.

MySpace

Baiklah…
Wahai anak muridku, terpulang pada kecerdikan masing2 utk menilai kesimpulan dari cerita yg ckgu baru ceritakan ini……

Ambil yg jernih, buang yg keruh… kalau expert, jadikan yg keruh itu jernih semula…

Ok…

Assalamualaikum..

Ditimpa musibah ke?

X pe…. Nie nak cerita nie…. Nak dgr x??

Nak tahu x sape yg manis senyumannya???

Org yg mempunyai senyuman yg manis ialah org yg ditimpa musibah lalu dia berkata ‘inna lillahi wainna illaihi rajiuun’. Sambil berkata; ‘Ya Rabbi, aku reda dgn ketentuan-Mu ini,’… sambil mengukir senyuman…

Iye!!! Andalah pemilik senyuman yg manis itu…..

Maka…..

Senyum lagi dan lagi dan lagi……

Animated Pictures Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Haha.. manis sgt.. geram tgk...

Hehe.. pandai je aku mengusik org…

Tata…
-Semoga Allah meredai kita-


Maafkan - Dimas Beck
kubaca dari sinar matamu
sekilas mungkin kutahu
namun rasaku tak bisa
menjawab saat sekarang

ada cinta lain di hatiku
bukan kamu yang ku mau
ada yg lain yg belum
tentu juga mau aku

reff:
maafkan bila ku tak bisa denganmu
maafkan bila sayang itu tak ada
maafkan ku bolehkan kamu menunggu
maafkan bila ku nanti jadi mau
maafkan bukannya aku tak berhati
ku hanya ingin cinta yg aku cintai

kubaca dari sinar matamu
sekilas mungkin kutahu
namun rasaku tak bisa
menjawab saat sekarang

ada cinta lain di hatiku
bukan kamu yg ku mau
ada yg lain yg belum
tentu juga mau aku

repeat reff
maafkan bila ku tak bisa denganmu
maafkan bukannya aku tak berhati
ku hanya ingin cinta yg aku cintai

hoho….
Animated Pictures Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Saje je postkan lagu nie…

Nie la aku… tension je, dgr lagu… hehe..

Enjoy!!

Nak sambung wt aksi akrobatik nie..

Animated Pictures Myspace Comments
MyNiceSpace.com



Assalamualaikum..

Nak tulis pasal apa yea?? Emm, kali nie nak serius la…

nak berkongsi dgn korg tntg satu ayat Al-Quran… Surah Al-Hajj ayat 78..

“Berjuanglah kamu pada (agama) Allah dgn sebenar-benar perjuangan. Dia telah memilih kamu dan tidak mengadakan kesempitan bagimu dalam agama seperti agama bapamu Ibrahim. Dia (Allah) menamakan kamu org Islam dari dahulu dan dalam ini (Al-Quran) supaya Rasul menjadi saksi terhadap kamu dan kamu menjadi saksi pula terhadap manusia. Maka dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat; dan berpegang teguhlah kpd Allah. Dia wali kamu. Maka Dia sebaik-baik wali dan sebaik-baik penolong”

Senang cerita, rasa mcm nak nangis baca ayat atas nie..

Allah suruh -berjuanglah kamu pada agama Allah dgn sebenar-benar perjuangan- maksudnya, Allah nak keikhlasan kita.... Allah tegur keikhlasan niat kita berjuang di jalanNya…

-Dia telah memilih kamu dan tidak mengadakan kesempitan bagimu dalam agama seperti agama bapamu Ibrahim- yea, benar! Allah telah menyuntik hidayahNya dlm hati kita.. x rasa ke? Dan mmg benar tidak ada kesempitan dlm Islam.. bila fikir balik, Allah amat sayangkan umat Rasulullah SAW.. Walaupun kita banyak khilaf, lalai, nyanyuk……. Tapi Allah x prnh berhenti dari memelihara kita dan mereka yg kita syg… selagi kita tidak mempersekutukan Allah… kerana kasih sayang Allah mendahului murkaNya.. Alahai, andai saja aku berjaya mengisi hatiku dgn mengingatiMu, Ya Allah…. Andai sahaja aku mampu utk tidak mengecewakanMu..

-Dia menamakan kamu org Islam dari dahulu dan dalam ini agar Rasul menjadi saksi terhadap kamu dan kamu menjadi saksi pula terhadap manusia- ayat nie seakan memberi keyakinan bahawa sememangnya kita antara yg terpilih kn? Maksudnya, kita harus menyebarkan dakwah agar kita menjadi saksi terhadap manusia lain dan Rasulullah SAW menjadi saksi kita.

-Maka dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat; dan berpegang teguhlah kpd Allah. Dia wali kamu. Maka dia sebaik-baik wali dan sebaik-baik penolong-

Assalamualaikum…

Dh solat dh?? Kalau belum, pergilah dulu…. I x ke mana2 pun… hehe..

Oklah… kali nie…. Aku nak tunjukkan gmbr2 yg telah diedit oleh aku… huahua… mari2 kita tgk gmbr sape yg kena………….


Ha… teka2… gmbr sape nie???
Hehe… gmbr jaja!!!
Jaja nie adik aku yg paling bongsu…
Masuk 3 tahun, 9/5 nie…
Hemm, jgn lupa hulur hadiah la yea… kua3…


Yg nie plk namanye shafiq…
Adik aku la….
Gmbr ufo kat luar tu, x tau sape ntah yg letak…
Ngada2 kn org yg letak tu… huahua…


yg nie gmbr aku brsama sepupu aku…
a’ah, aku yg budak kecik tuh…
oitt!! Sesuka je…
yg kecik tu namanye Nur Iffah Insyirah..
semua panggil dia ‘baby’….
yg besar tu aku lar… sape lagi..
ha, yg snowing tu, effect semata-mata..
mana ada snow turun dlm umah…


Yg nie gmbr bdk2 kelas aku…
Semuanye ada 24 manusia..
Cuma 3 bdk lelaki lenyap ntah ke mana..
Gmbr nie diambil pada mlm annual dinner batch Nahwal Imtiaz…
Cuba cari di mana aku……..


Yg nie adik beradik….
Dan semua nie sepupu2 aku…
Dari kiri korg; baby, wawa, ijjah….
Yea, selamat berkenalan……


Yg nie bergambar dpn KLCC..
Kak ana ialah pembantu rumah aku yg paling baik antara semua pembantu2 rumah yg aku prnh ada…
Yg didukung tu jaja…
Dan yg pakai spek buat ‘peace’ tu namanya nini….
Aku x tahu lipstik sape ntah melekat kat situ…
Kuang3…


Inilah kwn2 aku….
Aku dh siap tulis nama dh pun….
Tinggl korg baca je…
Bergambar dekat dlm pondok depan blok asrama kitaorg…
Aku di mana???
Aku tgh pgg camera la….

Ok lah…. aku seronok buat bnda nie… moga2 korg pun seronok jgk…
Kepada pemilik wajah2 di atas, aku mintak maaf bnyk2 kalau ada yg x berkenan…

Baiklah, aku nak chow dulu…

Pergi mane????

Emmm…..

Ha….

Main kejar2 dgn rama2….

Pastu berlari dekat air laut….

Huahua…. Meh gelak ramai2…. Huhuhuhahahahahihihihi….

Tata…
Assalamualaikum….

Pstt, nak tgk tv la…

pergi dulu....

BismillahiRahmaniRahim