perkongsian puisi 1

*******

Wahai puteri, lihat nun di sana
Islammu kini ketandusan pembela
Bersama sendu mengalir lesu
Tertunggu-tunggu mujaddid baru
Kembangnya kini diulit sepi
Tiada lagi rijaluddin sejati

Wahai puteri, khidmat mu dinanti
Ummah derita, engkau pengubatnya
Kelembutanmu penawar sengsara
Engkau penyeri Islam dan tamannya
Tanganmu bakal menggoncang dunia

Namun ingat puteri,ilmu perlu dicari
Buat bekalan dalam perjuanganmu nanti
Pembimbing diri dari thoghut dibenci
Tuntutlah seikhlas hati
Wahai puteri, kau Muslimah sejati

Teguhkan iman,taqwamu di hati
Taqarrub billah takhta peribadi
Amalmu menjadi bukti
Sabarmu dikagumi, pasrah pada Ilahi
Redha menghadapi mehnah Rabbul Izzati

Usah ditangisi takdir yang sudah pasti
Pengorbananmu kan disanjungi
Puteri solehah, mujahidah, ansarullah
Berbekal iman, sabar, taqwa dan redha
Berilmu, beramal, berkhidmat, berjuang
Berkorban agar Islamkan gemilang
Bersama puteri, Islam takkan sepi
Subur disirami,harum mewangi
Wahai puteri, kau Muslimah sejati

*******

Wajarkah bagi seorang pencinta,
Tidak mengotakan lafaz cintanya?

Wajarkah seorang pencinta,
Lupa untuk bersama dengan yang dicintainya?
Lalai ketika bersama dengan yang dicintainya?

Wajarkah pencinta itu menyemai benih ragu,
Di dalam sanubarinya tentang yang dicintainya?

Wajarkah pencinta itu digelar pencinta??

Andai sahaja pencinta itu ingat,
Bahawa yang dicintainya amat mengasihinya.

Andai sahaja pencinta itu tahu,
Bahawa yang dicintainya memberikan hanya yang terbaik untuknya.

Andai sahaja pencinta itu sedar,
Bahawa yang dicintainya itu sentiasa ada bersamanya.

Aku ingin sekali menjadi pencinta-Mu,
Dalam erti kata pencinta yang sebenarnya,
Ampuni aku atas segala kekhilafanku

Astaghfirullah Al-Azim….

Cintailah Allah dengan sebenar-benar cinta, wahai sahabat !!

*******

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Maha Melindungi menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji Keagungan-Mu, memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

*******

Apabila kau ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan, kau akan menjauhinya

Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya,
kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya

Andai kau inginkan sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya,
kerana apabila dia buntu, kau mungkin akan memfitnahnya

Andai kau inginkan seorang teman, janganlah kerana sifat cerianya,
kerana andai dia tidak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahkannya

Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa

Jangan diharapkan sempurna, kerana kau juga tidak sempurna, tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah..

-Ukhwah Fillah Abadan Abada-

*******

Perkongsian di atas ada yang aku culik dan ada yang datang dari aku sendiri..

Ini sekadar satu perkongsian.. kalau rasa nak culik, culiklah..

Tapi x leh copy masuk words, korang terpaksa salin semula..

Hehe…

Yang benar;
Pemilik blog -ezz-

0 Comments:

Post a Comment



BismillahiRahmaniRahim