Yea.. selamat pagi murid2…. (wah, aku perasan jadi cikgu tadika plk)

Hem hemm (berdehem utk mintak perhatian)

Hari nie, saya (eh, kenalah guna ‘saya’ dgn bocah2 kecik) nak ceritakan sebuah kisah….
Nak dgr x???

(ada sambutan… membuatkan aku rasa MySpace hehe..)

baiklah!! dgr dgn teliti...

Ada seorg manusia nie bertemu dgn syaitan di waktu Subuh. Nak dipendekkan cerita, mereka sepakat utk mengikat tali persahabatan. Ketika waktu Subuh berakhir dan manusia itu masih tidak mengerjakan solat Subuh, syaitan itu pun tersengih mcm kerang busuk sambil mengumam, ‘org ini mmg boleh dijadikan sahabatku’.

Begitu juga ketika waktu Zohor, manusia ini masih tidak mengerjakan solat. Syaitan pun, apa lagi, tersenyum lebar sambil berkata, ‘rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nnt’.

Apabila waktu Asar hampir habis, syaitan mulai terdiam, melihatkan temannya ini masih asyik dgn kegiatannya.

Kemudian ketika dtg waktu Maghrib, syaitan sudah mulai gelisah dan senyumnya sudah berubah kecut, kerana ternyata temannya itu masih belum solat. Dari wajah syaitan itu jelas kelihatan dia sedang mengingat-ingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihat temannya itu tidak mengerjakan solat Isyak maka dia menjadi amatlah panik….

Syaitan sebenarnya tidak berupaya menahan diri lagi. Dia pun menghampiri temannya itu sambil berkata dgn penuh ketakutan, ‘wahai teman, aku terpaksa memutuskan persahabatan ini’.

Terpinga-pinga manusia tadi. Dgn penuh kehairanan, manusia itu bertanya, ‘kenapa engkau engkar janji? Bukankah baru pagi tadi kita berjanji menjadi sahabat?’

Syaitan menjawab, ‘AKU TAKUT!!! Nenek moyangku dulu hanya SEKALI melanggar perintah Allah; iaitu ketika menolak utk sujud kpd Adam, telah dilaknat-Nya. Apalah lagi dgn kau yg hari ini sahaja aku telah saksikan LIMA kali kau membangkang utk sujud pada-Nya. Tak terbayang olehku betapa murkanya Allah padamu’.

MySpace

Baiklah…
Wahai anak muridku, terpulang pada kecerdikan masing2 utk menilai kesimpulan dari cerita yg ckgu baru ceritakan ini……

Ambil yg jernih, buang yg keruh… kalau expert, jadikan yg keruh itu jernih semula…

Ok…

0 Comments:

Post a Comment



BismillahiRahmaniRahim