kapel??

Assalamualaikum..

Huh, tumit kaki aku yg prnh dijahit dulu masih lagi berdenyut sampai sekarang!!

Dah x nmpk bekas jahitan tapi denyutan masih terasa…. Dah berdenyut tu sakit lah…. sabar je lah.. x boleh nak wt ape pun, kena tunggu sampai dia berhenti berdenyut sendiri…

Anyway… aku nak menulis sebuah cerita… tetibe ade mood nak mengarang cerita…. Enjoy je lah… kita tgk sejauh mana imaginasi aku nak terbang….

******************
Assalamualaikum..
Aku ke yang bersalah?? Adakah menyukai dirimu merupakan satu kesalahan?? Adakah rasa ingin menjadikan kau milikku satu kesalahan, wahai Nurul Sakinah Wardah?? Kenapa kau menjauhkan diri dari aku? Apa salahku? Kenapa beri aku harapan? Mengapa begitu kuat kau ‘menolak’ aku? Apa salahku?? Kenapa kau lakukan aku sebegini? Kamu kata aku layak mendapat perempuan yg lebih baik dari kamu TAPI apa yg special sgt aku nie sampai layak mendapat wanita lebih baik dari kamu?? Please, terima aku.. kapel lah dgn aku.. aku sayang kamu dan aku sanggup tunggu walau seberapa lama pun waktu berlalu. Apa salahku??
Dari Helmi.

Nota kecil yg terselit di dlm buku notanya dibaca dgn teliti. Lantas air matanya jatuh setitik demi setitik. Apa yg harus aku balas nie? Aku sudah menjadi fitnah bagi dirinya. Syaitan sudah berjaya memanah imannya dgn menggunakan aku. Ampuni aku, Ya Allah.

Assalamualaikum Helmi,
Aku menerima satu nota kecil daripadamu. Aku sertakan nota kecil itu sekali bersama dgn surat ini. Aku berharap sgt2 ini adalah kali terakhir aku menulis surat untukmu. Aku berharap surat ini berjaya menjawab segala persoalan yg membelenggu di benakmu itu.

Ya, kamu yg bersalah. Kamu bersalah kerana membiarkan syaitan mengambil kesempatan ke atasmu. Maafkan aku, tapi, bagaimana kamu berani menyukai aku bilamana kamu masih belum dpt mencintai Allah?

Jika benar kamu mencintai Allah, di mana kamu pada setiap kali jemaah solat fardhu di surau? Aku tidak memaksa tetapi itu sunnah nabi. Aku mencintai mereka yg bersungguh menghidupkan sunnah nabi, lebih2 lagi di akhir zaman ini. Jika benar kamu mencintai Allah, mengapa tidak kamu penuhi setiap degup jantungmu dgn zikrullah? Bukankah lelaki yg baik untuk perempuan yg baik? Aku cuba merubah diriku menjadi lebih baik tetapi mengapa kau tidak melakukan hal yg serupa? Berani kamu cuba untuk menjadikan aku bahan bakar api neraka!! Amat ‘tulus’ sayang yg kau cuba berikan. Terima kasih tapi aku tidak memerlukan cinta yg murah itu.

Maafkan aku jika surat ini bernada provokasi yg amat. Aku tidak pernah memberikan kau harapan. Cuba ingat kembali. Aku menganggap kamu sebagai sahabat. Aku tidak pernah berniat utk menggetarkan hati dan imanmu. Baiklah. Aku rela menjauhkan diri darimu. Tapi tak bermakna silaturahim ini terputus. Silaturahim ini tidak boleh diputuskan sesuai dgn seruan Allah dan kekasih-Nya, Rasulullah SAW. Kau bebas utk menegur aku, tapi, aku pohon, berbual dgn aku hanya mengenai hal yg penting; hal yg berkaitan agama.

Ketahuilah, azab Allah itu seksa. Kau mahu melihat aku merana di Akhirat kelak? Kau rela membenarkan api Neraka itu menjilat aku? Sanggupkah kau? Aku tidak mahu berada dlm murka-Nya! Please, jgn humbankan aku dlm gaung yg hina! Kalau kau nak sangat termasuk dlm murka-Nya, masuklah sorg2. Tak usah kau tarik yg lain.

Sekali lagi, aku mohon maaf. Ayatku agak kasar untuk kau telan. Allah suruh jgn hampiri zina. Zina pulak boleh terbahagi kpd beberapa bahagian. Zina yg paling kerap berlaku adalah zina hati. Aku tidak mahu menjadi penyebab kau menanggung dosa zina hati. Aku mintak maaf tapi aku tak sanggup menjerumuskan kau ke dlm neraka. Kau adalah sahabatku dan selamanya kau akan kekal sebagai sahabatku. Persahabatan ini bukan milik aku mahupun milik kau, tetapi persahabatan ini adalah milik Allah. Apa kau tidak sedar?? Bersyukurlah padanya kerana diberikan ruang oleh-Nya utk membetulkan diri kau.

Lagi satu, apa kamu fikir hati kamu itu milik kamu? Tidak sahabatku. Hati itu adalah milik Allah. Serahkanlah hatimu itu kepada Allah kerana Dialah yg paling layak utk memegang hati kamu. Tidak perlu kau serahkannya kepada wanita. Allah sendiri akan menjodohkan kamu dgn wanita yg sepadan dgnmu. Yakinlah dgn Allah, sahabatku!

Perasaan yg kau rasa skrg ini hanya sekadar mainan syaitan dan nafsu. Berjihadlah kamu dalam menentang nafsumu sendiri. Siapa kata jalan jihad itu senang? Jalan jihad amat payah dan sukar. Hanya manusia yg diberikan petunjuk je akan berjaya dalam perjuangan ini. Aku doakan kau berjaya.

Sudahlah sahabat. Kecewa yg kau rasakan skrg tidak sehebat kecewanya Allah padamu. Kembalilah kepadanya. Sesungguhnya rahmat Allah mendahului murka Allah. Aku doakan agar kita akan berjaya dalam perjuangan ini.

Aku amat berharap kau berjaya mengangkat martabat Islam ke tempat yg sepatutnya. Ini bkn masanya kau membiarkan syaitan melemahkan kau. Ini masanya utk kau menguatkan iman kau. Jgn kau tewas!!

Daripada Nurul Sakinah Wardah.

*********************
Wah, selesai sudah aku mengarang. Hmmm, amik yg baik, betulkan yg khilaf. Nama yg digunakan tidak ada kena mengena dgn mana2 manusia atas muka bumi nie.

1 Comment:

  1. ezz said...
    adeh.. bile baca balik, ade unsur2 riak la pulak.. ish3.. sori seme.. lps tulis, terus publish.. malas nak check balik.. x sgka la plk.. ish... yg jernih jadi teladan, yg keruh jadikan sempadan.. terima kasih.. :)

Post a Comment



BismillahiRahmaniRahim