Assalamualaikum..

Nak tulis pasal apa yea?? Emm, kali nie nak serius la…

nak berkongsi dgn korg tntg satu ayat Al-Quran… Surah Al-Hajj ayat 78..

“Berjuanglah kamu pada (agama) Allah dgn sebenar-benar perjuangan. Dia telah memilih kamu dan tidak mengadakan kesempitan bagimu dalam agama seperti agama bapamu Ibrahim. Dia (Allah) menamakan kamu org Islam dari dahulu dan dalam ini (Al-Quran) supaya Rasul menjadi saksi terhadap kamu dan kamu menjadi saksi pula terhadap manusia. Maka dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat; dan berpegang teguhlah kpd Allah. Dia wali kamu. Maka Dia sebaik-baik wali dan sebaik-baik penolong”

Senang cerita, rasa mcm nak nangis baca ayat atas nie..

Allah suruh -berjuanglah kamu pada agama Allah dgn sebenar-benar perjuangan- maksudnya, Allah nak keikhlasan kita.... Allah tegur keikhlasan niat kita berjuang di jalanNya…

-Dia telah memilih kamu dan tidak mengadakan kesempitan bagimu dalam agama seperti agama bapamu Ibrahim- yea, benar! Allah telah menyuntik hidayahNya dlm hati kita.. x rasa ke? Dan mmg benar tidak ada kesempitan dlm Islam.. bila fikir balik, Allah amat sayangkan umat Rasulullah SAW.. Walaupun kita banyak khilaf, lalai, nyanyuk……. Tapi Allah x prnh berhenti dari memelihara kita dan mereka yg kita syg… selagi kita tidak mempersekutukan Allah… kerana kasih sayang Allah mendahului murkaNya.. Alahai, andai saja aku berjaya mengisi hatiku dgn mengingatiMu, Ya Allah…. Andai sahaja aku mampu utk tidak mengecewakanMu..

-Dia menamakan kamu org Islam dari dahulu dan dalam ini agar Rasul menjadi saksi terhadap kamu dan kamu menjadi saksi pula terhadap manusia- ayat nie seakan memberi keyakinan bahawa sememangnya kita antara yg terpilih kn? Maksudnya, kita harus menyebarkan dakwah agar kita menjadi saksi terhadap manusia lain dan Rasulullah SAW menjadi saksi kita.

-Maka dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat; dan berpegang teguhlah kpd Allah. Dia wali kamu. Maka dia sebaik-baik wali dan sebaik-baik penolong-

0 Comments:

Post a Comment



BismillahiRahmaniRahim